oleh Baharom Endut
Assalamualaikum..
Salam sejahtera kepada semua saudara-saudara melayu seagama saya. Harapan saya semoga anda semua berada dalam lindungan Allah.
Saya terpanggil lagi untuk mencoretkan sesuatu di ruangan FB ini. Entah kenapa hati saya sentiasa kuat untuk memandu jari jemari agar segera menitipkan huruf-huruf walaupun kadar peratusan yang minat untuk membaca sesuatu nota yang panjang agak kecil berbanding komen-komen lain yang ringkas dan berseloroh. Bukan apa, sekadar ingin bersama-sama membuka minda agar penyatuan kembali terjalin sesama saudara seagama demi untuk kesinambungan warisan agar terus terpelihara dalam tangan dan kepimpinan melayu di tanah tercinta ini.
Menyingkap laluan sukar fenomena politik melayu yang terobek akibat propaganda dan bermacam isu panas yang direka oleh pihak pembangkang, hati terasa tersentuh bila mengenangkan melayu, nasib melayu dan hala tuju melayu yang begitu rapuh...serapuh kelompang telur.. Bagi pemimpin 'tulin' melayu dan pendukung-pendukung di peringkat teras yang sayangkan melayu..akan sentiasa mencari idea-idea dan kaedah menepis tomahan serta memikirkan jalan bagi penyatuan semula melayu yang telah retak dan berpecah belah. Apa yang dikesali, tangan-tangan melayu juga yang mengoncang ikatan kesatuan melayu selepas runtuhnya empayar kesultanan Melaka yang terhasil dari perpecahan melayu itu sendiri sehingga membawa kepada penjajahan kepada tanah melayu sekian lama. Dalam usia negara melayu yang baru melintasi usia 50 tahun kemerdekaan..negara melayu ini sekali lagi menerima gelombang seakan ulangan kepada perpecahan melayu era kesultanan Melaka namun ianya berlaku di zaman moden.
Adalah begitu malang sekali pertalian yang terbina hasil titisan keringat dan darah datuk nenek pada zaman membebaskan negara melayu ini dari tangan penjajah tidak punya nilai untuk diangkat dan terus dimartabatkan oleh anak cucu mereka. Saya sendiri pernah berdepan dengan beberapa anak melayu yang terang-terangan tidak menolak untuk menerima seorang pemerintah negara melayu dari kalangan bukan melayu. Mengucap panjang saya tapi apakan daya..minda masing-masing begitu dan walau dibentangkan 1001 sebab sekalipun, melayu jenis ini akan kekal sebagai diri mereka yang tidak tahu apa itu nilai perjuangan. Cuma doa yang mampu kita panjatkan.
Pada ketika ini, melayu terus berbalah sesama sendiri. Ada kelompok hijau-putih yang berjuang kononya atas tiket agama dengan harapan mereka dapat menakluki kerusi kepimpinan tertinggi negara melayu walhal mereka dipergunakan semata-mata untuk kepentingan satu kelompok lain yang sejak dari dulu rakus memperjuangkan idealisme perkauman dengan hasrat menjadikan negara melayu ini singapura kedua atau cermin kepada singapura. Perlu diingat bahawa kerusi nombor satu negara melayu ini pasti akan jadi milik kelompok mereka yang mempunyai bilangan kerusi di parlimen dan anda conggaklah kelompok mana yang akan mempunyai kerusi terbanyak. Sudah tentu lah mereka yang memiliki 'roket'! Berbagai strategi dan pendekatan mereka rangka dan gunakan dan akhirnya menemui seketul najis bernama anwar yang mampu menjana perubahan besar kepada rantai ikatan melayu. Ternyata strategi mereka menjadi dan anwar terus dipergunakan selain ulama-ulama ternama dengan dakyah dan putar belit sehingga memaksa melayu berpecah seterusnya menggugat kesatuan yang sekian lama utuh.
Saya sayangkan negara melayu ini..dan saya harap melayu lain juga seiringan dengan saya. Saya kekal menaruh harapan agar negara melayu ini akan kekal di pimpin oleh orang melayu sendiri. Jika negara melayu ini jatuh ketangan tidak melayu...maka anda sendiri boleh bayangkang kekangan hidup orang melayu seperti mana yang hari ini dilalui oleh melayu di pulau pinang. Mungkin ada sekali sekala masakan terlebih sedikit atau terkurang garam tapi ianya bukan bererti kita perlu mencurahkan ianya terus ke longkang. Banyak cara memperbaiki. Begitu juga dalam kepimpinan melayu yang menerajui negara melayu ini. Saya sekali lagi menyeru, merayu dan apa jualah istilah yang nilainya serendah-rendah permintaan..mengharap agar melayu kembali bersatu. Tidak ada untungnya perpecahan. Tidak ada baiknya negara melayu ini diserahkan pada yang tidak sepatutnya. Salam ingatan dari saya untuk semua rakan-rakan seperjuangan dan para pembaca sekelian..
Wasalam..
No comments:
Post a Comment