Wednesday, May 2, 2012

DR. YUSUF AL-QARDHAWI LARANG IKUT AMBIGA?

Kronologi BERSIH? Tak mustahil.


Kenapa tidak boleh sokong Ambiga yang mengetuai BERSIH? Walaupun Ambiga memperjuangkan LGBT, tetapi itu tidak bermakna kami juga menyokong LGBT. Itulah antara soalan popular dalam kalangan Pengikut Ambiga Sreenevasan untuk menghalalkan penyertaan mereka dalam BERSIH 3.0.

Untuk rekod, Ambiga telah mengepalai demonstrasi BERSIH sebanyak tiga kali termasuk BERSIH 3.0 yang dianggap sebagai paling celaka dalam sejarah negara pasca 13 Mei.

Pada masa yang sama, Ambiga juga merupakan pendokong kuat Seksualiti Merdeka dan LGBT di negara ini atas kapasitinya sebagai peguam yang kononnya memperjuangkan kebebasan hak asasi manusia secara adil dan saksama.

Idea ini dipelopori dan cuba disebarkan ke seluruh dunia melalui pelbagai NGO Barat seperti Human Rights Watch, National Democratic Institute (NDI), Open Society dan Konrad Adrenuer Fundation yang kesemuanya mempunyai kaitan dengan penyangak matawang paling celaka dalam sejarah dunia iaitu George Soros.



Rantaian sumber dana BERSIH yang tidak dinafikan oleh Ambiga.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam satu kenyataannya baru-baru ini memetik fatwa yang dikeluarkan oleh tokoh ilmuan Islam terkemuka, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.

Namun kumpulan yang percaya dengan idea kebebasan hak asasi manusia, fatwa begini dianggap tidak relevan dan tidak masuk akal. Bagi mereka, adalah tidak wajar untuk menolak seseorang hanya bersandarkan satu atau dua tindakannya yang bertentangan dengan norma agama dan manusia sejagat.

Tetapi dari sudut Islam, hal-hal sebegini amat mustahak untuk diambil-kira kerana ia akan menentukan kualiti dan hala tuju jemaah. Justeru adalah malang apabila Pengikut Ambiga Sreenevasan yang sebahagian besarnya ialah ahlul PAS, boleh bersekongkol dengan Ambiga hanya kerana mempunyai matlamat politik yang sama.


11 Mac 2009, Ambiga terima anugerah khas dalam International Women of
Courage dari White House kerana perjuangan demokrasi dan hak asasi manusianya.
Di Malaysia, apakah perjuangan Ambiga kalau bukan untuk LGBT dan Seksualiti Merdeka.


SB ingin tanya, sekiranya Pakatan Rakyat menang kelak, adakah PAS akan tunduk dengan segala tuntutan LGBT dan Seksualiti Merdeka yang diperjuangkan oleh Ambgia dan Majlis Peguam? Ketika ini segala tuntutan mereka terhalang kerana dasar kerajaan hari ini yang jelas menolak amalan songsang sedemikian.

Lantaran itu jugalah Ambiga begitu terdesak mahu ubah kerajaan! Kesimpulannya, sokong perjuangan BERSIH samalah seperti menyokong perjuangan Seksualiti Merdeka dan LGBT kerana matlamatnya utamanya ialah mengubah kerajaan pusat.

No comments:

Post a Comment