Salam sejahtera...kempen serta proses pengundian di DUN Tenang telah berakhir namun sasaran BN untuk mendapat undi majoriti melebihi 5000 gagal...namun apa yg tertarik dalam pilihanraya kecil ini ialah pengundi cina terus memberi undi mereka kepada Pakatan Rakyat...kenapa ini berlaku???
1)Adakah MCA & Gerakan sudah gagal ataupun masih mencari rentak untuk mengembalikan sokongan masyarakat cina terhadap BN?
2)Adakah DAP lebih memahami perasaan masyarakat cina?
3)Adakah tidak cukup lagi segala kehendak serta bantuan kerajaan BN kepada masyarakat cina?
4)Adakah MCA&Gerakan sudah tidak relevan lagi bagi masyarakat cina?
Setiap PRK berlaku dinegara tercinta ini seluruh RAKYAT terutamanya penyokong2 BN serta Pengundi2 atas pagar ini akan melihat sejauh mana berkesannya segala sokongan serta bantuan dan kehendak yg diberikan BN kepada masyarakat cina ini mendapat pulangan dari segi undi mereka kepada BN...namun hasilnya terus GAGAL sehinggalah PRK Dun Tenang.banyak undi mereka diberikan kepada Pakatan Rakyat.
Sudah sampai masanya UMNO melihat perkara ini dengan lebih mendalam.Segala pendekatan yg dibuat kerajaan BN nampaknya masih gagal mengembalikan sokongan masyarakat cina terhadap BN.
MCA dan Gerakan haruslah bertanggungjawab diatas kegagalan mereka dalam menangani perkara ini...Janganlah sibuk berPOLITIK tentang isu2 yg melibatkan kaum MELAYU semata2.Seperti contoh hal ekonomi hinggalah calon pembangkang memakai sarung tangan di Dun Tenang...politik murahan MCA ini sudah tidak mampu menarik sokongan RAKYAT kepada BN malah takut2 dek kerana MCA ini satu hari nanti RAKYAT akan menolak UMNO dan BN sekaligus.
Pemimpin2 MCA & Gerakan sibuk menjelajah mempromosikan 1Malaysia namun sasarannya tidak kemana ''Sekadar Melepaskan Batuk DiTangga'' sahaja...Masyarakat cina terus menjauhkan diri dari BN secara tidak langsung boleh ler diperkatakan yg mereka sebenarnya kurang menyokong Gagasan 1Malaysia ini.
Buat Pemimpin2 UMNO ambil serius perkara ini agar ia tidak membawa kesan yg lebih teruk kepada BN di PRU nanti...Janganlah terlalu memberi muka sangat kepada pemimpin2 MCA dan Gerakan ini hingga membuat orang2 MELAYU kecil hati dengan UMNO.Janganlah mengambil kejayaan di Dun Tenang ini sebagai Kayu Pengukur kekuatan BN untuk menghadapi PRU nanti kerana PRU nanti tidak ada lagi GEROMBOLAN Jentera2 kerajaan serta tidak ada lagi Pemimpin2 Tertinggi Kerajaan yg akan turun padang untuk berkempen bagi pihak calon2 yg bertanding...apa yg ada hanyalah calon itu sendiri untuk memudi kapalnya sendiri.
Tahniah buat UMNO,Takziah buat MCA dan GERAKAN.
No comments:
Post a Comment