Thursday, February 17, 2011

Sistem denda berganda pd rakyat... inikah sebahagian Gagasan 1Malaysia...Rakyat DiDahulukan???



Tahniah buat kerajaan terutamanya KDN didalam perancangan yg begitu hebat...SAMAN akan digandakan??? serta selepas 60hari tidak dibayar maka ia akan menjadi kes mahkamah pula???betul ke wahai KDN???adakah ini sebahagian dari GAGASAN 1MALAYSIA...RAKYAT DIDAHULUKAN???kalau ini sebahagian darinya saya amat berbangga mendapat KERAJAAN yg cukup prihatin kepada RAKYAT...nk makan pun tk cukup segala2nya mahal,naik harga sana sini RM50 dh mcm RM5 nilainya...pun kerajaan tk nampak ke???ini bkn cara kerajaan nk mendidik RAKYAT tapi lebih kepada mengambil kesempatan keatas RAKYAT...kalau inilah hasrat kerajaan saya beranggapan ia merupakan BONUS buat pembangkang dalam misi merampas Kerajaan dari BN...buat PM tolonglah fikirkan masak2 akan cadangan bodoh KDN ini agar BN tidak menjadi mangsa didalam PRU nanti.

disini saya sertakan beberapa luahan sahabat2 FB yg amat kecewa dengan keputusan kerajaan ini..-


Hj Wahab...-TEMAN amat2 TIDAK BERSETUJU dgn cadangan k'jaan menggunakan sistem denda berganda pd rakyat. NASnya MUDAH, bukan rakyat suka2 TIDAK MAHU bayar saman. TETAPI KEKANGAN hidup, dlm kata MUDAH DUIT TAK ADA ler! Jgn mudah tunding jari ngatakan rakyat sengaja lengah2kan bayaran SAMAN! Nak makan pun berkira2, inikan pula nak NAIKkan TARIF SAMAN!?? KENAPA CARI kemarahan & kebencian rakyat? Cerdiklah sikit....

Org Miskin...- kita tidak nafikan ttg undang2. sy juga penyokong k'jaan, tapi rasanya pemikir2 bg phk k'jaan patut lebih cerdik dari cadangan ini. sy tak kata pembangkang tempat kita harapkan kerna umum telah ketahui ttg lebih teruktahap kecekapan pembangkang tadbir negeri. namun tindakan cdgan k'jaan utk kuatkuasa sistem saman berganda ini wajar diTEGUR agar k'jaan ini lebih PERIHATIN & EFISIEN. jangan pula kita pun jadi mcm pembangkang, kalau ada pegawai tinggi PTD yg tak cerdik beri cadangan yg mungkin beri kesan kpd rakyat maka kita sebagai pemerintah & pembuat dasar buatlah pertimbangan & kajian susulan implikasi kpd rakyat. jgnlah terus terima guna pakai sesuatu cdgan itu semudah itu & terus umum, itu yg sy maksudkan mencari kemarahan rakyat.

Jali...- ‎28hb ni tamat kelonggaran yang selama ini sy dok bising tentang sistem 'blacklist' yg kecoh pada tengah tahun lepas. belum masuk 28hb, dah umum cadangan undang2 keras yg ni pulak? menjeritlah rakyat oii....

Ahmad...-tak betul secara total tu, yang dok kecoh desak pembuat dasar agar bagi dia 'lampu hijau' ni adalah KSN kot....namun kita sebagai pemerintah jangan main ikut leer apa saja cadangan pelik2 yg akan buat rakyat rugi. kita sebagai pemerintah mesti & wajib jadi pembela rakyat. tidak semestinya cadangan datang dr pegawai tinggi PTD semuanya betul....kan?

Hj Karim...-saya unjurkan kajian semula kpd k'jaan, cerdik sikit. nanti kalo kat parlimen pembangkang ambik kesempatan balun, anda (YB2 k'jaan) juga yg semak! Sy ni ada jawatan ciput dlm parti pun tgh sakit. Terus terang sy tak malu katakan sy jual nasi campur utk teruskan kehidupan. punyalah marhaen jadinya diri ini. sy tak mungkin akan tadah tangan mengemis minta simpati pemimpin atau para YB Menteri, sy sanggup banting tulang, tapi kalo ini yg k'jaan nak teruskan maka sy sendiri TAK SOKONG. udahlah hidup terhimpit lagi pula nak menindas? itu tak betul, jangan guna atas nama perundangan....jadi cerdik sikit dari itu!

Vellu...- skrg ni pun dh dibebani dgn kenaikan harga brg dan bermacam2 lg... bg yg berpendapatan rendah kesannya amat ketara.. mmg bunga2 mencari penyakit. inilah yg dinanti2kan pihak pembangkang.... kerajaan patut lebih peka dan sensitif dlm hal ehwal kebajikan rakyat...

Hj Ismail...-tak tahu la nak cakap..kerja susah ..gaji x naik2 beli brg keperluan mahal skrg ni RM50 mcm RM5 jee.susah ada lagi org susah mkn sadin jee hari2.saman sana saman sini.Rakyat dah nak mati pon x peduli
org kaya bertambah kaya..org miskin lagi miskin

Kamal yusri...-memang benar bagai dikata....banyak lagi perkara2 yg tak cerdik telah dan sedang dilakukan oleh pihak2 yg berwajib...offside....

No comments:

Post a Comment