Thursday, March 3, 2011

Anwar BERTEMPUR Depan Belakang!

Dua tempat berbeza, dua ucapan berbeza diucapkan oleh tokoh yang sama, dan menggunakan kalimah yang sama iaitu ‘BERTEMPUR’ serta kedua-duanya adalah program tertutup.

Tokoh pemidato yang dimaksudkan itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap secara tertutup di dua negara berbeza iaitu Jakarta, Indonesia dan Bangi, Malaysia.

Di Jakarta, Anwar berucap kepada kelompok Jaringan Islam Liberal (JIL) pada 11 Oktober 2010 bertempat di Komunitas Salihara yang dahulunya lebih dikenali sebagai Komunitas Teater Utan Kayu yang dimiliki oleh salah sahabat karib Anwar, Goenawan Mohamad.

Teater Utan Kayu inilah merupakan markaz (pusat) JIL dalam penyebaran liberalisme dan pluralisme Islam di Indonesia yang dipimpin oleh Ulil Abshar Abdalla. Klik di sini, sini, sini dan sini

Depan Kelompok JIL – Anwar Mengaku Bertempur Dengan Kelompok Musuh Kebebasan Di Malaysia

Ketika di depan kelompok Jaringan Islam Liberal Indonesia, Anwar menggambarkan dirinya juga seorang LIBERAL yang sengaja tidak mahu memakai istilah itu kerana dibimbangi disalahtafsirkan.

“Jadi… err..sebab itu err.. Dan saya tidak mahu menyebut seolah-olah saya ini…err..err..nak guna istilah LIBERAL, salah faham pula nanti.

“Saya bangga sebagai seorang Muslim. Dan saya komited dengan prinsip ini, Islam.

“Tetapi, saya beza pendapat besar, bahkan kalau di Malaysia, saya BERTEMPUR dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang“, kata Anwar di hadapan lebih kurang ratusan penganut fahaman pluralisme dan liberalisme Indonesia.

Difahamkan, Ulil Abshar Abdalla juga turut hadir dalam perjumpaan tertutup itu.

Dari kiri, Goenawan Mohamad, Anwar Ibrahim dan Ulil Abshar Abdalla

Walaupun Anwar tidak menyatakan secara spesifik kumpulan mana di Malaysia yang beliau TEMPURI, tetapi secara tegas, Ketua Umum PKR itu mengatakan kumpulan tersebut adalah kumpulan yang menjadikan Islam sebagai faktor penghalang daripada mempratikkan amalan-amalan kebebasan.

“Undang-undang siapa? Kalau kita berikan kuasa kepada mana-mana tokoh atau alim putuskan. Kalau di Malaysia, yang bawa idea Nilai Asia ini, digunakan Islam.

“Jadi (pada) saya, kalau Islam itu mengongkong kebebasan, Islam (itu) sangat usang dan jumud, dan saya tidak dokong kefahaman Islam sedemikian”, tegas Anwar lagi.

Selepas mendengar pidato Anwar, ahli-ahli lingkaran Liberal Indonesia memuji-muji ucapan Ketua Umum PKR itu yang dianggap sebagai ‘lazat’ dan memenuhi citarasa mereka. Bahkan puji-pujian itu dipanjangkan lagi dalam twitter salihara.

Menurut ahli-ahli penganut pluralisme agama Indonesia itu mereka berbangga dengan Anwar kerana sanggup BERTEMPUR untuk mempertahankan kebebasan termasuk kebebasan beragama, keyakinan dan ekspresi (menyatakan pendapat)


Mereka juga turut bangga apabila Anwar secara tegas menolak kelompok Islam yang mengekang kebebasan serta melabelkan kelompok itu sebagai usang dan jumud.

Depan Kelompok ABIM – Anwar Mengaku Bertempur Dengan Kelompok Lingkaran Liberal, Indonesia

Namun, ketika berhadapan dengan kumpulan ABIM di rumah Profesor Osman Bakar, pada 2 Januari lalu, nada Anwar berlawanan dengan versi ketika ucapannya di Jakarta, Indonesia. Klik di sini, sini sini dan sini

Anwar menganggap dakwaan yang mengatakan ‘perjuangannya sama dengan lingkaran Liberal, Indonesia’ sebagai fitnah jahat.

Sekali lagi Anwar menggunakan perkataan BERTEMPUR, tetapi kali ini bertempur dengan kelompok Lingkaran Islam Liberal Indonesia pula.

“Sebab saya di Jakarta, tak…tak sama sesaudara beberapa kali.

“Saya memang dalam pertemuan (itu) BERTEMPUR dengan mereka dalam hal ini, dengan beberapa isu dalam lingkaran liberal.

“Dan dia (Ulil Abshar) memilih, saya kata isu yang bukan isu. Dan dia memilih untuk men..men..mencari masalah di kalangan umat dan memberi tafsiran yang terlalu longgar, terkeluar daripada fahaman Sunnah Waljamaah”, tegas Anwar di hadapan ratusan ahli ABIM di rumah Profesor Osman yang turut menghadiri untuk mendengar penjelasan Anwar itu.

Dalam majlis tertutup bersama sahabat-sahabat ABIM itu, Anwar mengambil peluang untuk membersihkan dirinya, terkeluar daripada fahaman Islam Liberal dan pluralisme dengan ‘memukul’ keras Ulil Abshar Abdalla, walaupun di Jakarta mereka kelihatan sangat intim.

Twitter Anwar kepada Ulil Abshar Abdalla

Sebelum ini Ulil Abshar pernah beberapa kali mengadakan pertemuan tertutup dengan Anwar. Malah dalam twitter Ulil pada 3 Mei 2010, beliau memuji ucapan Anwar bertajuk “Islam and Democracy in East Asia”, pada 29 September 2009, di Universiti California, Berkeley, AS. Klik di sini



Namun ketika Anwar berhadapan kelompok ABIM, beliau tanpa belas kesian ‘memukul’ Ulil Abshar sebagai seorang yang memilih isu yang bukan isu, walaupun dalam ucapan di Jakarta Anwar juga mempraktikkan perkara yang sama iaitu membela Salman Rusdie, pengarang buku “Satanic Verses“, buku yang menghina peribadi Rasulullah SAW.

Anwar memperlekehkan Ulil Abshar sebagai seorang seorang yang keras kepala dalam mempertahankan pendapatnya walaupun hujahnya menyeleweng daripada akidah Islam.

“Walaupun dia, Ulil Abshar, dia pertahankan, dia kata tak betul.

“Saya tak pernah hadir mesyuarat mereka. Mereka ada hadir beberapa pertemuan saya dan ada perbalahan. Mereka mengatakan, dia terkejut, sepertimana yang disebut oleh Ulil Abshar, dia terkejut mengapa orang yang dianggap berfahaman terbuka (Anwar) begitu keras menolak lingkaran liberal”, tegas Anwar dengan mengkambinghitamkan pendokong pluralisme agama Indonesia itu untuk menyelamatkan dirinya.

Persoalannya Anwar BERTEMPUR dengan siapa kerana di Indonesia beliau mengaku bertempur dengan kelompok penghalang kebebasan di Malaysia, manakala di Malaysia pula, Anwar mengaku bertempur dengan kelompok penghalal kebebasan di Indonesia ?

No comments:

Post a Comment