Saturday, August 11, 2012

TUN MAHATHIR DEDAH 2 PERKARA PENTING DAP TIDAK SEBULU DENGAN PAS!!

Penubuhan negara Islam Malaysia mengikut interpretasi Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui Pengerusi DAP, Karpal Singh. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Karpal sangat tidak bersetuju dengan perjuangan itu sehingga pernah berkata 'langkah mayatnya dahulu' jika Pas mahu membentuk negara Islam.

"Dua perkara mereka (DAP) tidak setuju adalah hukum hudud dan negara Islam tetapi kita memang negara Islam, saya sudah isytiharkan dan semua orang iktiraf, tanya Palestin pun mereka iktiraf kita negara Islam.

"Dia (Karpal) tidak setuju dengan hudud itu soal lain, yang Karpal tak setuju 'Over my dead body' kalau nak jadikan Malaysia negara Islam ala Pas," katanya pada sidang akhbar selepas majlis simbolik penyampaian sumbangan sebanyak 500,000 botol 1.5 liter kepada penduduk Gaza, Palestin, di sini hari ini. 

No comments:

Post a Comment