Wah!!! Kalau dalam media asing, bukan main lantang lagi dia mengutuk, mengecam dan menghina pihak Polis dengan pelbagai dakwaan serta tuduhan.
Koata dia, Polis tidak wajar bertindak kejam dan ganas terhadap rakyat. Rakyat ada hak untuk berhimpun dimana sahaja yang mereka mahu.
Malah, dia jugak yang mewakili beberapa badan bukan Kerajaan memperjuangkan Hak Asasi Manusia dimana manusia boleh buat apa sahaja yang mereka mahu.
Tapi, kenapa pulak tiba - tiba dia nak mintak tolong dengan pihak Polis apabila ada rakyat yang tampil menuntut hak dia sebagai manusia?
Kenapa pulak dia kata yang nyawa dia terancam sedangkan apa yang dituntut hanya hak peniaga itu sahaja? Kan pelik tu?
Kalau dia tuduh pihak Polis ni suka bertindak ganas dan kejam, kenapa dia buat laporan Polis dan meminta mereka melindungi keselamatan dia? Sendiri tanggung la!!!
Dah dia jugak yang timbulkan masalah. Sekarang, selesaikan sendiri. Jangan nak mintak tolong orang tak tentu pasal. Sendiri bikin, sendiri tanggung la woi!!!
Adakah pemimpin Pakatan Pembangkang macam Si Ambiga ni hanya pandai bercakap tetapi dalam realiti kehidupan dia sendiri tidak mampu melaksanakannya?
Sudah jelas bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang pandai menabur kata - kata semata - mata. Mereka memang jelas setakat pandai bercakap.
Tapi bila disuruh buat, Hapah satu pun diorang tau. Yang diorang tau, asyik menipu rakyat je kerjanya. Itu je la yang diorang tau buat pun. Bukannya nak memperjuangkan rakyat sangat!!!
KUALA LUMPUR 10 Mei - Walaupun lantang mengkritik dan sering mempertikaikan kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas, Datuk S. Ambiga ibarat 'menjilat ludah' sendiri apabila mendapatkan bantuan pasukan keselamatan itu untuk melindunginya setelah menerima ugutan hari ini.
Pengerusi Bersih 3.0 itu membuat laporan polis setelah merasakan keselamatannya terancam berikutan tindakan sekumpulan peniaga mewakili Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berhimpun di hadapan kediamannya di Jalan Setia Kasih 1, Bukit Damansara, di sini hari ini.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bertindak demikian bagi mendesak Ambiga meminta maaf secara terbuka kerana menganjurkan perhimpunan tersebut dan menjelaskan pampasan kerugian yang dialami para peniaga pada perhimpunan Bersih 2.0 dan terbaru Bersih 3.0 di sekitar Dataran Merdeka pada 28 April lalu.
No comments:
Post a Comment