KUALA LUMPUR - Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menganggap pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 sebagai suatu yang menyentuh perasaan Seri Paduka dan menganggap peristiwa itu tidak mungkin berulang dalam sejarah negara.
Perkara ini dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa wawancara program Sinar Pagi, di SINAR fm hari ini.
Najib berkata Seri Paduka telah memaklumkan perkara itu berulang kali kepadanya ketika pertama kali Seri Paduka berkenan menerima menghadap Perdana Menteri sebelum mesyuarat Kabinet pada Rabu selepas majlis pertabalan.
"Seri Paduka Baginda memberitahu perkara pertama ialah menjadi Yang di-Pertuan Agong bagi kali kedua, dengan kali pertama (semasa) dengan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein (ayahanda Najib), dan kali kedua dengan anaknya.
"Baginda memberitahu tidak mungkin ini berulang lagi," katanya ketika ditemubual oleh deejay Khairil Rashid, Salih Yaccob dan Raja Azura, di sini.
Najib berkata Seri Paduka turut memaklumkan dan menunjukkan gambar majlis menghadap ayahandanya dalam rona 'hitam putih' sebelum menghadiahkan gambar tersebut yang telah diwarnakan dan dibuat dalam bentuk potret besar ketika menghadap kali kedua pada minggu berikutnya.
"Saya rasa begitu terharu dengan apa yang telah Tuanku kurniakan kepada saya," katanya.
"Saya rasa begitu terharu dengan apa yang telah Tuanku kurniakan kepada saya," katanya.
Najib berkata bukan itu sahaja, Yang di-Pertuan Agong juga telah meminta beliau mengambil kedudukan yang sama seperti dalam gambar tersebut pada majlis menghadap itu.
Najib berkata ayahandanya menjadi Perdana Menteri pada tahun 1970 ketika beliau berusia 17 tahun. - Bernama
No comments:
Post a Comment