Monday, August 13, 2012

Anwar Sembunyikan Fakta Penting Mengenai Al-Tantuya!


Seperti yang dijangka oleh kita semua, segala cerita yang dikaitkan di antara DS Najib Razak dan Al-tantuya adalah merupakan satu pembohongan dan fitnah keji yang sengaja direka-reka untuk memburuk-burukkan nama Perdana Menteri kita.


Segalanya telah terburai dan terlondeh. Character assisanation terhadap Najib Razak tidak menjadi malah mereka yang selama ini memfitnah beliau yang menanggung dosa. Mereka itu termasuklah media-media alternatif pro-pembangkang yang sehingga ke hari ini masih memain-mainkan fitnah tersebut.

MiM sendiri tidak faham dengan tindakan mereka itu walau pun ianya satu fitnah jijik oleh parti pembangkang!

Seperkara lagi, Raja Petra turut mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akaun bersumpah memfitnah Najib dan perkara itu diketahui oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim!

Sila baca di bawah :
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin membuktikan pembangkang semakin terdesak sehingga terpaksa menggunakan taktik lebih liar untuk menjejaskan kredibiliti Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Pemerhati politik, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, taktik itu jelas menunjukkan pembangkang mengamalkan sistem yang diluar norma-norma berpolitik.

"Parti pembangkang seolah-olah dalam keadaan gerhana, sebab itu pelbagai taktik kotor dirancang untuk mempengaruhi rakyat termasuk dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.

"Tetapi nampaknya taktik mereka itu lama-kelamaan memakan diri apabila individu yang dibelakang mereka selama ini iaitu Raja Petra membuat pendedahan demi pendedahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pendedahan Raja Petra mengenai komplot fitnah di sebalik akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasundram yang menuduh Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu.

Bagaimanapun, Ahmad menyifatkan seni politik yang tidak munasabah oleh pembangkang itu nampaknya semakin banyak memberi kelebihan dan membantu meningkatkan kredibiliti Najib.

"Mengapa Najib mendapat faedah daripada taktik kotor ini? Jawapannya ialah rakyat Malaysia tidak menerima taktik kotor kerana di negara ini jumlah yang bijak pandai dan berpendidikan semakin banyak.

"Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bukan lagi hidup di zaman 50 tahun dulu yang menerima dan mempercayai sesuatu isu tanpa berfikir," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi berkata, pembangkang terpaksa menyerang imej dan peribadi Perdana Menteri kerana mereka tidak mampu mengatasi gerak kerja dan kepimpinan beliau.

No comments:

Post a Comment