Monday, August 13, 2012

Tun Mahathir Terlibat Dalam Tema Kemerdekaan Parti Pembangkang...

Kita pasti tersenyum sinis apabila membaca penjelasan Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR di bawah. Isunya ialah perkataan 'sebangsa' dalam tema hari merdeka pakatan pembangkang yang menimbulkan persoalan besar dan merisaukan rakyat. 

Apa tidaknya, pengertian 'sebangsa' membawa maksud tiada lagi klaus 'Melayu, bumiputera dan segala keistimewaannya'. Ianya juga bermaksud, tiada lagi sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina dan India. 

Malah, 'sebangsa' juga bermaksud kaum Cina dan India negara ini telah bersedia mengorbankan bahasa masing-masing dan hanya menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Malaysia. 

Pokoknya, banyak keistimewaan turun-temurun kaum Melayu, Cina dan India yang mesti dikorbankan demi perkataan 'sebangsa' jika anda setuju dengan parti pembangkang.

Tetapi kta sendiri sudah arif dengan perangai, sikap dan pembohongan kepimpinan pembangkang yang hanya sekadar aktor drama murahan yang tidak mungkin akan mengotakan kata-kata mereka.

Bagi mereka, tema hari merdeka hanya sekadar perkataan-perkataan penyedap mulut untuk menunjukkan mereka juga 'mampu mencipta tema' seperti kerajaan Malaysia. Malangnya, itu sahaja yang mampu mereka lakukan. Sungguh kesihan.

Maka kerana itu, apabila rakyat mempersoalkan perkataan 'sebangsa' ciptaan pembangkang, jawapannya berbelit-belit, tidak menjawab soalan dan tidak konkrit. 

Oleh kerana jawapannya tidak menyakinkan langsung kita semua, akhirnya pembangkang terpaksa juga bersembunyi di belakang Tun Dr Mahathir. Tun M juga tempat mereka merujuk.

Negarawan yang mereka hina, kutuk dan keji itulah yang menjadi sumber inspirasi utama pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mencipta tema hari kemerdekaan. 

Jika kita baca laporan di bawah, kita akan setuju bahawa kepimpinan pembangkang dengan tanpa segan malunya menciplak aspirasi Wawasan 2020 yang dimulakan oleh seorang pemimpin UMNO dan BN.

Tebal sungguh kulit kepimpinan pembangkang. Sungguh memalukan.

Sila baca kenyataan Nik Nazmi di bawah :





No comments:

Post a Comment