Selepas KLCC setinggi 88 tingkat, sebuah lagi mercu tanda akan dibina di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini.
Permodalan Nasional Berhad akan membina sebuah menara 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka.
Hal itu termuat dalam bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di parlimen, Jumaat lalu.
"Jadi, satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional akan memulai membangun projek terpadu yang dinamakan Warisan Merdeka.
"Projek ini mempertahankan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembangunan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia," kata Najib seperti yang dikutip dari teks tersebut.
Najib melanjutkan, keseluruhan projek tersebut bernilai RM 5 bilion dan dijangka siap pada tahun 2015.
Malaysia juga merancang membangun Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (Kuala Lumpur International Finance District) yang bekerjasama dengan sebuah syarikat Abu Dhabi.
Malaysia bercita-cita untuk menjadi Pusat Kewangan Islam Terunggul di dunia.
Projek yang dimulai tahun depan tersebut masuk dalam Program Pembangunan Berdampak Tinggi dalam bajet 2011.
Bajet 2011 dengan tema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan strategi menggiatkan kembali pelaburan swasta, kesejahteraan hidup rakyat dan memantapkan kualiti kakitangan awam.
Di era Tun Dr Mahathir Mohammad, Malaysia mencanangkan visi Wawasan 2020. Visi ini bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju di tahun 2020. Maju dimaksud dalam bidang pembangunan ekonomi, kestabilan politik, sosial, kerohanian, psikologi serta persatuan nasional.
"Anggaran 2011 ini sangat penting sebagai bahagian-bahagian pembuka tirai kepada tahap akhir ke arah Wawasan 2020 yang bakal menjelang kira-kira 3,365 hari atau 9 tahun, 2 bulan dan 17 hari lagi," tambah Najib.
No comments:
Post a Comment