Friday, October 29, 2010

Pahala Solat Jumaat

Kisah wali
Ada seorang wali menangis-nangis semasa membaca khutbah. Kemudian beliau suruh anak muridnya baca khutbah(sambil pakai serban guru), anak muridnya menangis juga.Bila ditanya tuan guru itu tidak jawab. Bila ditanya kepada anak muridnya kenapa dia menangis, dia mengatakan dia nampak binatang seperti anjing, kera dan babi datang solat. (Gambaran orang yang tidak ikhlas datang solat). Wali itu melihat dengan mata hati. Sepertimana Nabi Muhammad boleh melihat safnya dari belakang mata.


Pahala solat Jumaat seperti pahala ibadat haji bagi orang miskin.Oleh itu solat Jumaatlah walaupun musafir(tidak wajib) kerana ganjarannya sangat besar.
Bagi mereka yang solat Jumaat, gugur dosa antara satu Jumaat ke Jumaat yang lain, kecuali dosa besar.
Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir. Samada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi Solat Jumaat(Mazhab Syafie).
Batu dan kayu jadi saksi dan beristigfar keatas orang yang berjalan diatasnya untuk pergi solat Jumaat.Sesiapa yang memakai pakaian bersih untuk solat jumaat Allah bagi rahmat dan terima apa-apa hajat yang dikehendaki samada dunia dan akhirat.
Allah angkat seksa kubur pada hari Jumaat, malaikat tidak bertugas pada hari itu.
Nabi s.a.w. bersabda;”Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkan dari ujian kubur.” – Riwayat Ahmad & Attirmidzi
Pahala kedatangan Solat Jumaat
Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod kehadiran.
Nabi s.a.w bersabda: “Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid – Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah.” (Abu Hurairah r.a)
Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu, kambing, ayam, burung ciak dan telur.
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi hadas besar, kemudian berangkat ke masjid, maka seolah-olah dia mengorbankan seekor unta dan sesiapa berangkat pada kesempatan kedua, maka dia seolah-olah telah mengorbankan seekor lembu. Sesiapa berangkat pada kesempatan ketiga, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing kibas. Sesiapa berangkat pada kesempatan keempat, seolah-olah telah menyembelih seekor ayam dan sesiapa berangkat pada kesempatan kelima, seolah-olah dia memberikan sedekah sebiji telur. Apabila imam iaitu khatib telah keluar, Malaikat-malaikat pun hadir mendengar zikir. Ertinya: mereka tidak lagi mencatatkan sesiapa yang datang ke masjid
Sayyidina Umar diampunkan dosa kerana membebaskan burung ciak. Beliau pernah minta 1 hari dari Abu Bakar untuk menemani Nabi semasa di Gua Hira’. Abu Bakar jawab, nabi pernah memberitahu bahawa semenjak matahri naik tak ada yang lebih dari Umar. Kalau air laut jadi dakwat kering air untuk tulis kebaikan Umar. Dalam Quran ada 24 ayat yang menyokong tindakan Umar antaranya :-
Puak Islam yang sedikit boleh kalahkan yang banyak
Pendapat Abu Bakar supaya mengambil harta tawanan, manakala Umar menyuruh bunuh tawanan
Ayat berkenaan mesyuarat, azam dan tawakkal
Dilangit malaikat Jibrail menjadi muazzin, Mikail jadi khatib baca khutbah kepada malaikat2 solat Jumaat. mereka hadiah pahala kepada imam2, muazzin dan umat Muhammad yang solat Jumaat kerana mereka tidak perlu pahala. Syurga itu untuk manusia.
Hukum feqah berkaitan hari Jumaat:-
Mengikut mazhab Syafie makmum yang masuk masa tahiyyat akhir kena sambung 4 rakaat lagi (buat solat zohor). Manakala mazhab lain hanya kena sambung 2 rakaat (buat solat Jumaat).
Haram jualbeli selepas azan ke2.
Puasa sunat hari Jumaat makruh, kalau hendak puasa juga mesti berangkai dengan hari lain seperti Sabtu.
Tinggal solat Jumaat 3 kali berturut-turut tanpa uzur syarie memberikan kesan pada hati dan dicop munafik.
Yang dikecualikan dari solat Jumaat ialah orang yang uzur, wanita dan musafir (walaupun 3 kali berturut, contohnya terpaksa balik setiap Jumaat menjaga ibu yang sakit di kampung).
Musafir di hari Jumaat
Walaupun ada yang mengatakan kena keluar sebelum Subuh jika hendak musafir, namun itu hanya nilaian /pendapat sahaja.
Mazhab Syafie pada mulanya mensyaratkan 12 orang untuk solat Jumaat, tapi kemudiannya apabila beliau ke Mesir, syarat itu ditukar kepada hanya 40 orang. Mazhab lain tidak mensyaratkan 40 orang, cukup sekadar 3 atau 4 orang.(koleksi an nissa)

1 comment: