Friday, September 19, 2014

Bila perlu,saya akan jadi 'nasty', kata Tun Mahathir



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ada ketikanya beliau boleh mengeluarkan kenyataan yang ‘jahat’ tetapi ia selalunya akan berakhir dengan keputusan yang baik.
 
Katanya, ini kerana sekiranya tiada siapa hendak bersuara membantah pentadbiran sekarang, beliau sendiri yang akan mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun itu mungkin akan menyebabkan dirinya diserang.
 
"Bila perlu, saya akan jadi 'nasty.' Itu memang reputasi saya," katanya.
 
“Pemimpin perlu dikritik. Kalau tidak, mereka rasa apa yang mereka lakukan semuanya betul dan akan terus melakukan benda yang salah. Waktu zaman saya dahulu, saya bukan sahaja dikritik, malah dicabar.
 
"Kena ada strategi untuk terus berkuasa," katanya dalam ucapan pembukaannya pada Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia ke-6 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
 
Menurutya di Malaysia, mereka yang menyokong kerajaan juga perlu bersuara kerana pada masa ini, selain hanya golongan pro-pembangkang sahaja yang mengkritik kerajaan.
 
"Mereka yang menyokong kerajaan perlu menegur kerajaan apabila ia melakukan kesalahan. Saya fikir, memandangkan tiada siapa berani atau sanggup mengambil risiko, biarlah saya terima risikonya."
 
Dr Mahathir berkata, untuk seketika beliau tidak membuat sebarang komen, tetapi apabila kritikan secara tertutup tidak berkesan, beliau berasa perlu membuat kenyataan terbuka.
 
Tambahnya, kerajaan memerintah perlu dikritik sekiranya dasar yang digubalnya tidak memberi manfaat kepada negara.
 
Jelasnya, sebuah kerajaan yang dilantik sememangnya diharap melakukan perubahan kepada dasar dan undang-undang negara, tetapi ia harus juga dikritik sekiranya melalukan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada negara.
 
"Selepas saya meletak jawatan, dasar dan undang-undang berubah, ini memang sudah dijangka. Mereka mahu tunjuk sumbangan mereka kepada negara.
 
"Tetapi, apabila mereka buat sesuatu yang tidak menyumbang kepada negara, seseorang perlu ingatkan mereka," kata Perdana menteri paling lama berkhidmat itu.
 
Bulan lalu, beliau berkata terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan Najib berikutan prestasinya yang lebih buruk daripada perdana menteri sebelumnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
 
"Saya tiada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu, terpaksalah saya menegur," katanya melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.
 
"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya.
 

No comments:

Post a Comment