Tuesday, July 21, 2015

Kantoi lagi....apa cerr Datuk Rahman Dahlan ni....

Pengarah Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahalan...apa khabar Datuk???apa cerita ni Datuk....saya tanya jerr??sapa yg kena tipu ni...Datuk yo yo ann lgi kluar tv3 dgn bagai cerita n andaian Datuk.
Inilah jejaka yang dituduh oleh Lester Melanyi, sebagai 'Master Forger' atau Pakar Tiru untuk Tipu, James Steward Stephens (JSS).
Lester, sandaran kukuh Pengarah Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahalan untuk menolak dakwaan Sarawak Report terhadap Perdana Menteri, menyimpulkan JSS sebagai memainkan peranan utama kepada 90% pengubahan email berkaitan 1MDB dalam kawalan Sarawak Report.
Masalahnya, sebuah syarikat bernama Abellio Greater Anglia di Britain yang memberi perkhidmatan berkaitan keretapi telah tampil dan mengaku bahawa foto tersebut adalah pekerja mereka tetapi bernama John Stewards sahaja seterusnya menafikan dakwaan Lester yang foto tersebut adalah JSS serta pakar pereka web dan penipu.
90% bebanan sekarang kembali ke pangkuan Lester dan 100% ke dakapan Pengarah Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahalan...

No comments:

Post a Comment