Thursday, May 31, 2012

Sudah Sampai Masanya Berundur???Adakah mereka masih lagi RELEVAN???

Anwar Ibrahim (PKR)- dilihat sudah tidak relevan lagi utk memimpin parti mahupun negara...disebabkan pelbagai isu moral yg menyelebungi beliau malahan beliau juga dilihat semakin hari semakin hilang pendirian serta pertimbangan didalam megetengahkan isu-isu yg dibangkitkan.kepentingan diri untuk semata-mata menjadi Perdana Menteri memaksa beliau bersujud serta menerima apajua cadangan mahupun pandangan negatif dari rakan-rakan politik tempatan mahupun antarabangsa.
Nizar Jamaluddin (PAS)-bekas menteri besar Perak ini boleh diibaratkan sebagai hilang pedoman...tingkah laku beliau membuat kita tertanya-tanya samaada beliau ahli PAS,PKR ataupun DAP...kritikan-kritikan membabi buta serta biadap keatas Raja-Raja Melayu tidak mencerminkan beliau sebagai ahli PAS malah boleh dikatakan yg beliau sebagai KUDA tunggangan DAP.kemungkinan besar beliau menjadi faktor kekalahan besar PAS didalam PRU nanti.

Azmin Ali (PKR) - pemimpin kedua selepas anwar ibrahim yg mempunyai pelbagai skandal dari moral sampai le yg terbaru rasuah sewaktu berkhidmat dibawah timbalan perdana menteri ketika itu anwar ibrahim...beliau dilihat sanggup melakukan apasaja demi bosnya anwar ibrahim serta mengejar cita-cita tinggi untuk menjadi timbalan perdana menteri pakatan rakyat.

Hj Hadi (PAS) - seorang presiden parti namun dilihat tidak mempunyai kuasa besar keatas partinya dan boleh lah diibarat penumpang semata-mata...banyak menerima telunjuk dari memberi telunjuk.terbukti dengan pentadbiran yg lemah sewaktu menjadi menteri besar terengganu satu ketika dahulu.

Nik Aziz (PAS) - digelar TOK GURU bagi pengikut-pengikut PAS...tak dinafikan dengan ketinggian ilmu agama beliau namun sentiasa mengeluarkan FATWA-FATWA yg bercanggah dgn Ulama-Ulama tersohor negara...kebanyakkan fatwa-fatwa beliau berkisar demi kepentingan parti serta rakan-rakan dlm pakatan rakyat.dengan usia yg ada serta kesihatan yg tidak menentu ini tibalah masa utk beliau berehat panjang dari meneruskan karier beliau sebagai ahli politik. 

Rafizi Ramli (PKR) - merupakan ayam tambatan bagi anwar ibrahim dan PKR...jaguh baru yg diketengahkan pembangkang ini dilihat belum cukup matang bagi arus politik perdana ini...lihat saja sewaktu perDEBATan beliau bersama KJ...fakta-fakta yg diberi beliau kebanyakkannya hanya palsu serta SYOK sendiri...malah beliau begitu ghairah hingga terlupa tajuk perdebatan malam itu dan menjadikan pentas itu sebagai pentas politik bagi menghentam pemimpin-pemimpin serta keperibadian KJ sendiri.

Mahfuz Omar (PAS) - orang lama PAS ini hanya sekadar pelengkap bagi jemaah pemimpin-pemimpin PAS sahaja...kadangkala kita sendiri keliru apa yg cuba beliau sampaikan mahupun ucapkan dlm pelbagai isu-isu politik tanahair...silap-silap beliau sendiripun tk mengerti apa yg beliau cuba sampaikan...?

Lim Kit Siang (DAP) - dah-dah ler dh cukup tua bagi politik tanahair...dari ROBOCOP hinggalah Chief Minister With Power sewaktu cuba menawan Pulau Pinang...kadang-kadang tk suka MELAYU kadang-kadang tk suka ISLAM...sekarang apa pulak???pendirian berubah-ubah demi kepentingan politik beliau dan anaknya bukannya untuk DAP sangatpun.

Lim Guan Eng (DAP) - like father like son...walaupun gagal menawan MELAKA tapi akhirnya berjaya juga menjadi ketua menteri di negeri angkat beliau Pulau Pinang dengan bantuan anwar ibrahim...bukan mudah untuk orang luar berjaya di Pulau Pinang sebagai contoh bapanya sendiri mencuba beberapa kali dlm PRU di Pulau Pinang namun tetap tewas...jadi guan eng harus berterima kasih kepada anwar ibrahim kerana merealisasikan harapan beliau untuk bergelar Ketua Menteri bukannya dari hasil kekuatan mahupun pengaruh beliau sendiri.

Karpal Singh (DAP) - satu lagi orang lama dlm senario politik tanahair...boleh dipuji kerana berpegang tegas dari muda hingga tua pada pendirian tidak mahukan Malaysia sebagai sebuah negara ISLAM...sentiasa menjadi suara DAP dalam hal yg melibatkan ISLAM namun masih boleh berpelukan dgn PAS kerana hanya beliau seorang saja yg terkontang kanting berani menyuarakan pendirian tentang negara ISLAM PAS...pemimpin-pemimpin lain dlm DAP membisu seribu bahasa demi kepentingan politik masyarakat cina.?usia serta kesihatan menjadi penghalang malah sokongan majoriti dari ahli-ahli DAP yg kebanyakkannya kaum cina mulai menurun terhadap beliau kerana kenyataan2 beliau tentang ISLAM boleh mengundang kehancuran dlm pakatan rakyat.

Nazri Aziz (BN) - seorang menteri yg lantang berbicara boleh diibaratkan superman bagi Pak Lah sewaktu krisis bersama Tun M...sentiasa berani menyuarakan pendapat dan melemparkan kritikan serta kuat mempertahankan Pak Lah terhadap Tun M...namun Pak Lah serta BN tetap kalah teruk dlm PRU12...sudah sampai masanya berundur pengaruh beliau hanya dihujung kuku berbanding Tun M.tanpa beliau sekalipun UMNO dan BN tidak tergugat langsung namun tanpa Tun M boleh membawa kehancuran yg lebih besar bagi UMNO dan BN. 

Shahrizat Jalil (BN) - bekas menteri wanita yg hebat namun akhir2 ini diselubungi pelbagai skandal yg melibatkan suami serta keluarganya...yg membuat nama baik beliau tercalar...walaupun beliau tidak terlibat dlm skandal NFC itu tapi rakyat tetap sukar menerima beliau untuk kembali berjuang dlm pentas politik tanahair...bagi rakyat mana-mana isteri sekalipun pasti tahu serta ambil tahu tntg apa yg sebenarnya berlaku didalam perniagaan syarikat milik keluarganya...?

Pak Lah (BN) - bekas Perdana Menteri ini dikhabarkan akan mempertahankan kerusi parlimen kepala batas jika benar ini berlaku silap-silap beliau boleh mengurangkan kerusi parlimen BN di parlimen nanti...satu kerusi pun amat penting bagi BN jadi jgn mengambil mudah untuk membiarkan beliau terus bertanding kerana era cemerlang,gemilang dan terbilang sudahpun berlalu dgn keaiban kepada UMNO dan BN. 

Ibrahim Ali (BEBAS) - seorang pemimpin yg sentiasa melompat parti hingga sekarang dh tk ada parti langsung...nasib baik ada PERKASA...tinggalkan politik lompat melompat ini lebih baik beri tumpuan kepada PERKASA yg nampaknya semakin diterima orang Melayu.

Chua Soi Lek (BN) - gentleman sewaktu menghadapi skandal seks dgn meletak jawatan menteri...namun skrng kembali sebagai presiden MCA...akhir2 ini membuat ramai orang MELAYU kecil hati malah ada yg marah dgn kenyataan beliau sewaktu berdebat dgn lim guan eng mengenai negara ISLAM...sebagai presiden  sebuah parti kompenan BN beliau dilihat terdesak untuk menandingi DAP bagi menarik kembali sokongan masyarakat cina hingga sanggup menguris hati ahli-ahli UMNO serta orang Melayu khasnya dgn lantang memainkan isu ISLAM dlm perdebatan itu.

Koh Tsu Koon (BN) - kejayaan demi kejayaan dirakam sewaktu menjadi ketua menteri Pulau Pinang...dengan kekalahan teruk partinya GERAKAN dlm PRU12 sudah sampai masanya mengucapkan selamat tinggal buat politik tanahair...bukan mudah untuk beliau kembali menawan hati rakyat pulau pinang setelah penolakkan total masyarakat cina terhadap GERAKAN pd PRU12 itu.harus mencari muka baru sebagai penganti beliau bagi menyelamatkan survival politik GERAKAN di Malaysia

Mat Sabu (PAS) - pernah digelar orang besi PAS satu ketika dahulu namun sekarang bukan masanya lagi walaupun bergelar timbalan presiden PAS...pelbagai isu dan skandal yg beliau hadapi tidak melayakkan beliau untuk memegang jawatan no 2 dlm PAS sebuah parti yg kononnya memperjuangkan ISLAM.

Nantikan topik baru esok iaitu - Yang layak diangkat serta layak dikekalkan sebagai pemimpin???
Nantikan topik baru lusa iaitu - Yang layak digelar Pemimpin sepanjang zaman???


oleh - fazlimohammad

No comments:

Post a Comment