Tuesday, June 5, 2012

TUN MAHATHIR CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!


Tun Dr. Mahathir ketika merasmikan KRU Academy, dua hari lepas.

Tun Mahathir gesa kaji pengajian IPT
CYBERJAYA: Kerajaan diminta mengkaji semula sistem pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan bagi memastikan ia relevan dan mampu memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja pada masa depan. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata langkah itu perlu kerana sistem pendidikan di Malaysia diwarisi daripada penjajah Inggeris yang memberi penekanan terhadap aspek akademik (teori), berbanding latihan praktikal.

“Kita boleh lihat wujud perbezaan ketara antara pembangunan industri automotif kini menjadi sektor perindustrian terbesar di Jerman berbanding di Britain yang hampir lenyap.

“Saya berpendapat pendekatan digunakan Akademi KRU ini sesuai dan menjadi contoh atau model baru untuk menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan,” katanya selepas merasmikan penubuhan Akademi KRU di sini, petang semalam. 

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar turut diumumkan sebagai Ahli Panel Penasihat KRU Akademy bersama lima pakar dari luar dan dalam negara. 

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata beliau bersedia dihadapkan ke mahkamah sekiranya pihak pembangkang mempunyai bukti kukuh bahawa beliau terbabit dengan skandal penyelewengan wang ketika memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. 

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, baru-baru ini bahawa Dr Mahathir khuatir jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya, skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya akan didedahkan. – Berita Harian.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendapat Tun ini ada benarnya. Dasar pendidikan negara memerlukan nafas baru. Mungkin Tun tidak dapat melakukannya ketika masih menjadi Perdana Menteri, tetapi Tun telah meninggalkan lapangan yang baik untuk pengganti beliau menjayakan hasrat ini.

Kemudahan untuk menjalankan pendidikan di semua peringkat boleh dikatakan telah jauh berubah sejak dari era 60-an, 70-an hingga lewat 90-an. Justeru di era baru ini, kerajaan mungkin boleh memikirkan kaedah yang lebih baik untuk ‘mencerdikkan’  dan meningkatkan nilai tambah rakyat Malaysia.

Seperti kata Tun, kita tidak boleh terlalu menumpukan kepada aspek teori semata-mata. Buktinya, hari ini ramai mahasiswa yang bijak dalam berhujah dan berbicara tetapi bila diajak turun lapangan atau melakukan tugasan berbentuk fizikal, yang culas lebih banyak. Hal-hal beginilah yang perlu diubah. Kita tidak mahu pepatah Inggeris “I was born intelligent, but education ruined me” dijadikan alasan oleh rakyat untuk menyalahkan pihak kerajaan yang memerintah suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment