Tuesday, September 11, 2012

Perihal Abby Abadi, Ulama’ Pas dan Fathul Bari




Sekonyong-konyong ayahanda Subky Latif menulis tentang Abby Abadi dan Fathul Bari. Kononnya ajaib dan  takjubnya bahawa seorang juhala’ seperti Abby boleh memilih PAS dan Fathul Bari seorang ulama’ memilih UMNO. Dikaitkan pula Abby laksana Arab Jahiliyyah, kerana “memilih Islam” masa depannya bakal gemilang, manakala Fathul Bari memilih UMNO maka masa depannya kelam.

Namun, ayahanda Subky mungkin sudah terlupa acapkali dengan pilihan pemimpin PAS. Baru-baru ini orang PAS tidak lagi memilih lebai-lebai sebagai pemimpin tetapi memilih lebai-lebai jadian menjadi pimpinan. Malah, orang yang bercakap pasal Islam dan juga hukum Islam dibuang dari parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini.

Tentulah pelik. Sebuah parti yang dahulunya berduyun-duyun lebai-lebai yang menganggotainya, hari ini, berduyun-duyun pula artis yang melompat masuk ke dalamnya. Ulamak-ulamak dari pelbagai aliran mula lari daripada PAS, yang Ikhwanul Muslimin seperti ISMA, yang wahabi seperti iLMU dan pondoknya seperti Abdullah Saamah. Yang sedia ada seperti Nasharuddin Mat Isa pula menunggu hari untuk dibuang. Yang diangkat adalah Bob Lokman dan Hairi Osman.

Lebih pelik lagi, ayahanda Subky berasa pelik Fathul Bari memilih Najib dan Muhyiddin sebagai pemimpin, tetapi tidak pelik dengan tindakan Hadi Awang dan Nik Aziz memilih Anwar sebagai wali dan  pemimpin tertinggi. Walhal, bukankah semua dalam PAS terutamanya ayahanda sudah tahu dengan siapa si Anwar bergelumang, apakah yang dilakukan dalam kerajaan dan UMNO meruntuhkan PAS.

Ajib lagi, tidak pernah terbit kata taubat dari Anwar tentang  dosanya terhadap parti Islam ini, dan tiada pula berubah lagak hidup si  Anwar untuk mengharuskan PAS mengangkatnya sebagai maula. Begitu malang sekali keputusan parti ayahanda  Subky.

Malang juga, pemimpin PAS bergelumang di pentas-pentas bersama dengan orang-orang seperti Hishamuddin Rais, Ambiga dan manusia-manusia yang beraqidahkan komunis, dan seks bebas.  Sudah pasti imej dan gambaran luaran puak-puak ini tentulah bukan  sebagai orang yang beragama.

Janggal sekali jika mereka dianggap beragama ataupun mempunyai aqidah yang sahih. Seolah-olah,  hajat mereka menginginkan agar di akhirat kelak, mereka bakal dibangkitkan dan berkongsi bilik dan kekal di akhirat bersama golongan itu.

Semua mereka ini sudah pasti tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup dan sudah tentu menganggap bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Kita tidak hairan jikalau Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam boleh terpedaya menyokong PAS tetapi sahabat-sahabat ayahanda Subky yang terdidik dalam suasana Islami memilih golongan komunis, sosiali, pluralis agama dan seks songsang sebagai teman seperjuangan.

Ajaib, itulah kehendak Allah. PAS dan sahabat-sahabat ayahanda Subky yang pandai menyelak serta  menelaah kitab dan kononnya menyertai perjuangan politik Islam tetapi, bersetongkol dengan  gerakan Lesbian, Gay dan Transexual.

Itulah kebesaran Allah. Saya tidak hendak menyamakan kejadian sahabat-sahabat ayahanda Subky ini dengan munculnya Dajjal di akhir zaman. Yang rajin membaca kitab adalah orang Yahudi,  dan sepatutnya menjauhi Dajjal itu lojiknya adalah Yahudi dan sebagai keturunan Nabi-nabi merekalah yang patut ke depan menyelamatkan dunia dari fitnah dajjal.

Tetapi, apabila Dajjal muncul, Yahudilah yang menyambutnya semata-mata dengki khianat mereka terhadap bangsa lain yang kononnya tidak tahu membaca kitab.

Itulah kebesaran Allah terhadap mereka yang dengki khianat dan juga sanggup menjual ayat Allah untuk mata dunia yang sedikit.

Sumber : Maharaja Zhou

No comments:

Post a Comment