Tuesday, September 9, 2014

Melayu Masih Ada Juara kah ? @ Misi Mencari Pemimpin Melayu


Melayu Masih Ada Juara kah ? @ Misi Mencari Pemimpin Melayu


Dalam video kedua komen dari Tan Sri Sanusi ini, beliau ada memberi satu saranan
 atau cabaran yang bernas kepada orang Melayu dalam misi kita mengisi 
kelompangan yang jelas terasa dalam bentuk seorang Juara Melayu. 

Apakah orang Melayu masih punya Juara ? Nampak macam ada ..... tapi tak terasa
 la pulak ....  ( sambungan komen di bawah )




KLiK ke Youtube.

Pemimpin yang elok tu yang mana ? Yang penting sekarang ni, kita 
senaraikan apa yang Melayu gelisah....

Kemudian kita serah .... ini dia satu buku tebal kegelisahan orang Melayu, 
macam buku Malay Dilemma ... nah, bagi pada pemimpin.

Bangunlah pemimpin untuk selesaikan masalah ini. Kalau tak larat selesai 
seorang, kau selesaikan dua orang, selesai 10 orang .... 

Yang tak larat buat, tolong tarik diri ! Kerana boleh jadi hura hara kalau 
tak buat. 

Sekarang ni, kita tak tahu pun apa yang rakyat gelisah ni.... takder satu 
buku (senarai ) bagi kepada pemimpin ... yang ada orang duk harap,
 ( adalah seseorang untuk ) sampaikan pada pemimpin. 

Saya tak percaya semua orang berani menyampaikan yang sebenarnya 
kepada pemimpin. 

( ramai tukang penyampai yang tidak jujur, suka bodek dan tidak sampaikan 
perkara yang sebenar kepada pemimpin. Pemimpin kena tahu kelemahan diri 
sendiri dan jangan terlalu percaya kepada penasihat / tukang lapor )

Rakyat kena turunkan satu summary of all your frustration ( Rakyat kena 
serahkan satu senarai lengkap ketidakpuasan hati kepada pemimpin ) 

                                    **************
Saya percaya ramai dari kita yang sudah mula hilang kenyakinan kepada 
kepimpinan Najib sebagai Juara Melayu. Tak perlu saya ulas panjang lebar .. 
anda sendiri boleh rasainya.

Dek terlalu mengejar populariti sebagai PM Untuk Semua, Najib seakan sudah
 lupa akan tanggungjawab dan peranannya sebagai Juara Melayu. 

Siapa lagi yang boleh kita harap ? Bab ini ramai dari kita tidak sepakat.

Jadi saya lihat saranan Sanusi sememangnya tepat ! Tanpa mahu menyalahkan 
sesiapa atau mencari kelemahan sesiapa, apakata kita wujudkan satu cabaran 
kepada sesiapa yang mahu menjadi atau merasakan dirinya layak sebagai Juara
 Melayu.

Tuan rasa tuan adalah Juara Melayu ? Nah ... cubalah selesaikan masalah orang
 Melayu ini .... Berani sahut cabaran ? Kalau banyak songeh, tak payahlah.... 
sila ke tepi dan beri peluang kepada orang lain ! 

Lebih penting lagi senarai itu juga mampu menjadi peringatan dalam bentuk check
 list sejauhmana kita telah berjaya sebagai satu bangsa yang berjaya. 

Saya harap ada pihak yang sanggup tampil memikul tanggungjawab mengumpul 
dan  menyediakan senarai itu.

Apa pandangan anda ? 

Mohon sebar2kan pesanan Tan Sri di atas ... 

PS - Apa dah jadi pada Barisan Perpaduan Nasional ? Katanya dulu mahu serahkan 
satu memo ( yang pada pemahaman saya lebihkurang seperti apa yang disebut 
oleh Sanusi di atas ) kepada Agong .... masih berjalankah usaha itu ?

PS2 - Sekiranya boleh disediakan senarai itu, kita serahkan pada Najib .... 
Nah, sekiranya tuan masih mahu terus menjadi Juara Melayu, sanggupkah
 tuan terima cabaran selesaikan masalah2 ini. Jika tidak sanggup, sila undur
 diri !

Sibuk sangat dengan 1Malaysia .... 1Melayu ke mana ?

No comments:

Post a Comment