Friday, July 27, 2012

PAS BERJUANG ATAS LANDASAN AL-QUR'AN & SUNNAH???Betul ke???



Heran jugak bila baca kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli Parti Angguk Saja yang baru ni. Dia jelas tak faham lansung dasar perjuangan parti yang dia masuk tu.

Kata dia, PAS berjuang atas landasan Al - Qur'an dan sunnah. Soalnya, betul ke PAS berjuang berdasarkan Al-Qur'an dan sunnah? Kalau tengok cara, tak de pulak.

Malah sebelum ini, Si Haji Hadi tu sendiri mengakui yang perjuangan PAS selama 53 tahun yang lalu tidak mengikut tuntutan Al - Qur'an. 

Jadi, tang mana yang kata PAS berjuang atas landasan Al - Qur'an tu kalau Presiden PAS sendiri kata parti tu tak ikut tuntutan Al - Qur'an?

Adakah rakyat lupa dengan amanat Si Hadi Awang sewaktu muktamar tahu lalu bila dia gugurkan perjuangan Negara Islam?

Hadi Awang dengan jelas menyatakan yang perjuangan Negara Islam tu tak ikut tuntutan didalam Al - Qur'an. Dalam kitab tak sebut lansung pasal Negara Islam ni.

Presiden PAS tu menegaskan yang Al - Qur'an menuntut agar memperjuangkan Negara Kebajikan. Maka sebab itu mereka gugurkan perjuangan Negara Islam.

Bayangkan. Sejak berkawan dengan puak - puak DAPigs dan PKR, Hadi Awang sanggup memperlekehkan perjuangan pemimpin - pemimpin PAS yang terdahulu darinya.

Bekas pemimpin - pemimpin PAS dulu sampai sanggup mengadai nyawa memperjuangkan Negara Islam dan mahu hukum hudud dilaksanakan. 

Tapi, senang - senang je Hadi Awang kata perjuangan itu tidak menjadi tuntutan didalam Al - Qur'an. Seolah - olah, Hadi Awang meludah ke muka mereka yang sebelum darinya.

Maka berbalik kepada soalan asal, sejak bila pulak PAS berjuang berlandaskan Al - Qur'an dan sunnah? Kot dalam ceramah diorang pun, tak pernah pulak bercerita pasal perkara tersebut. Setakat kutuk orang tu ada la diorang buat!!!

Ps: Mamat yang baru masuk PAS tu jugak kata, lepas ni dia akan keluar berceramah bersama PAS. Nak la jugak tanya, dia nak berceramah pasal apa?

Pasal bab agama? Apa ilmu dia ada pasal bab agama ni? Kitab mana dia nak pakai untuk berceramah kelak? Kalau setakat dia berdiri atas pentas, bercakap benda yang bukan - bukan baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!

No comments:

Post a Comment