Dr Asri membuat pengumuman akan menentang UMNO dalam twitternya pada 12 Julai 2012. Kenyataan yang pastinya akan membuatkan ramai kem Erdogan PAS di Perlis gembira kerana mereka sudah ada calon untuk menumpaskan Haron Din di Perlis.
Apa tidaknya, Erdogan sudah menguasai Kedah melalui Phahrolradzi, Mat Sabu dan Mahfuz. Kem ulama seperti Azizan Razak dan Taib Azamudden telah tersingkir secara terancang. Sesatunya kubu yang gagal mereka tembusi di utara adalah Perlis kerana pengaruh Haron Din.
Ketika Timbalan Mursyidul Am Perlis tersebut sedang berehat di Bangi setelah pulang melakukan rawatan di Amerika Syarikat, kumpulan Erdogan rupanya telah memasang calon baru untuk ambil alih PAS Perlis dari tangan kem ulama. Orang itu tidak lain tidak bukan adalah Asri sendiri.
Memang sudah diketahui umum, Asri sudah lama menjadi kolumnis di Malaysiakini setelah tidak lagi menjadi mufti. Mungkin Asri terlupa dulu ada seorang pemimpin PKR mahu memancungnya ketika berceramah atas pentas PAS (lihat video di atas). Asri juga sudah lupa jasa-jasa pemimpin UMNO Perlis yang banyak membantunya selama ini.
Mengapa lupa? Mungkin kerana hubungan intim yang semakin rapat dengan Nik Aziz (gambar atas) menjadikan Asri lupa segala-galanya. Dengan populariti Asri yang semakin menurun di Perlis kerana kemunculan beberapa orang ulama-ulama baru, dilihat Asri mula mencari platform baru untuk bersuara.
Patutlah Asri tidak mahu bertanding dulu di Permatang Pauh, rupanya dalam diam Asri juga dihimpit rapat oleh geng geng Erdogan. Sejauh mana Asri boleh pergi dalam politik. Kita tunggu dan lihat nanti. Mahukah Asri menerima tulisan ini secara rasional?
No comments:
Post a Comment