Berita negara Yaman mempelawa Tun Dr M menjadi penasihat ekonomi negara tersebut adalah satu berita yang menggembirakan majoriti rakyat Malaysia. Tidak lupa, ada juga yang sakit hari dengan perkembangan berkenaan.
Ketika kebanyakkan negara-negara di dunia ini masih lagi menganggap orang puteh sebagai kuasa, jaguh dan hero ekonomi, tiba-tiba Yaman memilih seorang rakyat Malaysia sebagai penasihat ekonomi mereka. Sudah tentu ianya membanggakan kita.
Yaman mengganggap kejayaan Tun Dr M sepanjang pemerintahannya 22 tahun dengan mengubah dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.
Berita dipetik dari Sinar Harian Online
Nik Aziz pun dah 22 tahun jadi MB Kelantan, apa yang dia berjaya ubah ?KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.
Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.
Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.
"Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya.
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.
"Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya.
Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman.
Dr Mahathir turut mengunjungi Presiden Yaman Abdu Rabu Mansur Hadi.
Nak ubah air supaya jadi bersih dan rakyat dapat bekalan air pun tak mampu ?
Ada hati nak perintah Malaysia....
Selama 22 tahun, sikit-sikit sembahyang hajat, sikit-sikit munajat dan keluarkan dua tiga titis air mata buaya untuk dapat undi.
Sembahyang hajat , doa munajat tidak akan mengubah nasib atau keadaan jika tidak disusuli dengan usaha. Sembahyanglah sampai bengkak kaki dan lekuk dahi sekali pun, hasil, kejayaan atau duit tak akan turun dari langit jika tiada usaha yang dilakukan.
Kehebatan , jasa dan sumbangan Tun Dr M memang tiada tolok bandingnya, dan sebab itulah sampai ke hari ini Allah SWT masih mengurniakan kesihatan yang baik dan akal yang tajam kepadanya walupun usianya telah menghampiri 90 tahun.
Kerana apa ?
Kerana sepanjang hidupnya dia banyak berbakti dan berjasa kepada orang ramai sehingga membuatkan ramai orang gembira dengannya. Hidup ini akan sentiasa diberkati dan dilindungi jika kita disukai orang ramai. Seorang puji Tun bagus, dua orang puji Tun hebat, tiga orang puji Tun bijak, empat orang puji Tun kacak. Semua itu doa dari orang ramai. Maka sampai ke hari inilah beliau sihat, hebat, bijak dan kacak.
Zaman awal reformasi tahun 98 satu stadium penuh orang buat sembahyang hajat minta jatuh bala kepada Tun Dr M. Tapi sampai hari, sembahyang hajat dan doa mereka tidak dimakbulkan dan berpatah balik kepada mereka sendiri. Sebab itu sampai hari ini orang itu masih lagi bertarung dengan pelbagai masalah.Tun pula dengan senang hati boleh bergembira bersama anak cucu dan tunggang kuda.
Lihat video dibawah bagaimana Nik Aziz puji Tun Dr M. Nik Aziz puji beb......
Ulang lagi, Nik Aziz puji........dan jangan lupa juga lihat bagaimana Anwar marah apabila Tun Dr M dipuji.
Sebagai penutup,
Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa , teruslah kurniakan kesihatan yang baik , akal yang bijak dan panjangkanlah usia pemimpin kami Tun Dr Mahathir Mohamad. Ya Allah kurniakanlah kejayaan kepada beliau sepanjang beliau berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Yaman....
Amin....Amin....Ya Rabbal Alamin.......
No comments:
Post a Comment