Saturday, May 19, 2012

TITISAN AIRMATA SEORANG PROFESOR UiTM



Suatu masa dulu ketika baru mengambil pemerintahan negeri, Menteri Besar Selangor mencadangankan agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pengambilan pelajarnya di kalangan bukan bumiputera dan pelajar asing disifatkan sebagai satu lagi cubaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggadaikan keistimewaan yang telah diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera.

Hari ini selepas 4 tahun pemerintahan aku merasa bertuah kerana dapat melihat sendiri dengan mata kepala aku seorang Profesor UiTM menitiskan airmata menceritakan tentang ketakutannya jika UiTM terlepas ke tangan pembangkang.

Bayangkan jika UiTM terlepas ke tangan pembangkang apa akan jadi pada institusi pendidikan melayu?

Dimana anak-anak kita nak belajar?, mampukah orang melayu membayar yuran yang tinggi?.

Bukan nak menghina atau merendah tarafkan melayu tetapi inilah hakikat kemampuan orang melayu ketika ini yang kebanyakannya menghadapi masalah ekonomi.

Itu saja yang mampu diceritakannya kerana tak mampu menahan sebab di dada. 

Walaupun sedikit tetapi aku dapat rasakan betapa sayangnya Profesor ni terhadap bangsa melayu dan UiTM itu sendiri yang menjadi satu-satunya universiti yang membela nasib anak melayu dalam bidang pendidikan.

Fikir-fikirkanlah, bukan tuduhan atau ugutan tapi kenyataan yang harus kita terima dengan keadaan kita sekarang berbaloikah kita gadaikan harta pusaka kita ini demi politik rakus yang belum tentu memihak kita.

No comments:

Post a Comment