Tuesday, April 24, 2012

Puak Mahasewel Di Dalangi Kumpulan LGBT dan Kristianisasi? #Bersih3



LGBT mahasewel dan mahaseksi gembira kedatangan paderi di Dataran Merdeka. Mereka juga sempat bergambar menunjukkan keseronokkan berjumpa dengan paderi yang memberi sokongan terhadap bantahan yang mereka lakukan.

Kehadiran paderi itu sangat menghairankan. Apakah tujuan sebenar paderi itu ke sana? Adakah ada unsur gerakan kristianisasi untuk mahasiswa yang berdemo disana? Hampir keseluruhan demonstran adalah pelajar melayu beragama Islam. Difahamkan pihak gereja juga menyalurkan bantuan seperti mineral water dan barang keperluan yang lain..


Dr Hasan Ali pernah menceritakan bagaimana golongan ini mengaburi mata umat Islam yang bermasalah dengan memberi pertolongan pertolongan seperti ini supaya senang ajaran serta gerakan mereka lebih mudah dan lancar..

Sini saya selitkan sedikit cerita pengakuan dari seorang yang pernah murtad yang di petik di beberapa blog.

Pada suatu hari dalam keadaan yang begitu tertekan, saya telah didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai BENNET, nama samarannya pula ALIFF. Dia selalu hadir apabila saya memerlukannya.

Pernah sekali saya terpaksa membayar duit yang telah dilaburkan oleh rakan kongsi perniagaan saya sebanyak RM6000 dalam masa yang singkat. Dia menawarkan diri untuk membantu saya setelah dia mendapat tahu bahawa saya meminta bantuan dari rakan-rakan seagama dengan saya, tetapi gagal. 

Dia membawa saya ke sebuah gereja kira-kira 4 km dari tempat saya belajar. Disana saya ditemukan dengan seorang paderi. Saya diminta menceritakan masalah yang dihadapi, setelah saya menceritakan masalah saya, tanpa banyak alasan paderi tersebut masuk ke sebuah bilik, tidak lama kemudian dia keluar lalu menyerahkan wang sebanyak RM6000 dan dia berkata

“KAMU TIDAK PERLU RISAU SAYA AKAN SENTIASA MEMBANTU KAMU WALAUPUN KITA BERLAINAN AGAMA, DUIT TAK PERLU KAMU PULANG. AMBILLAH IA ANGGAP IA DUIT KAMU SENDIRI YANG SAYA TOLONG SIMPANKAN, TETAPI SAYA HAIRAN MENGAPA ORANG SEAGAMA KAMU BEGITU BERSIFAT PENTINGKAN DIRI. KAMI DISINI DIASUH SUPAYA SENTIASA MENGAMBIL BERAT ANTARA SATU SAMA LAIN.”

Semenjak itu saya kerap berjumpa dengan paderi tersebut, dia menawarkan diri untuk mendengar segala masalah saya, saya juga telah mengajak rakan-rakan yang senasib dengan saya. Telah beberapa kali saya hampir meminum ‘airsuci’ bagi penganut agama kristian tetapi alhamdulillah hasrat tidak kesampaian. Saya dan rakan-rakan yang lain pernah mengadakan perjumpaan dimana ianya dipanggil sebagai hari penghapus dosa. Diadakan di Pantai Cherating, Kuantan Pahang seramai hampir 2500 orang pelajar IPT berbangsa melayu terlibat sama.. sekian

Lihat bagaimana golongan ini mengunakan remaja remaja yang bermasalah.Mula mula bagi sokongan, lepas ini mungkin hadir dalam program program mereka...Mudah mudahan Allah S.W.T melindungi umatNya dari dijahili oleh kaum laknatullah ini.. 

No comments:

Post a Comment