Friday, April 27, 2012

BERSIH 3.0 - Debat KJ vs Ambiga Bongkar Muslihat Jahat Pembangkang

Penulis percaya rata-rata kalangan kita telahpun sedia maklum apa yang terjadi semasa debat anjuran The Malay Mail yang berlangsung sehari dua lepas.

Ringkasnya, Spark the Debate yang melibatkan Ketua Pemuda UMNO vs Pengerusi BERSIH keseluruhannya memperlihatkan Datuk Ambiga tersembam malu di kaki Khairi Jamaluddin (KJ).

Baik dari segi pengisian fakta dan hujah balas, nyata KJ jauh ke depan meninggalkan Ambiga yang tercunggap-cunggap hanyut dalam lamunan spekulasinya yang mendatar dan kabur.

Malam tersebut boleh diibaratkan malam yang malang untuk Ambiga kerana bukan saja telah menggugat kredibiliti dan imejnya sebagai bekas Presiden Majlis Peguam malah turut memberi kesan negatif terhadap NGO BERSIH itu sendiri.

Dalam pada itu pendirian tegas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 tambah memudaratkan kepercayaan ramai terhadap halatuju BERSIH 3.0.

Ketidakyakinan Tunku Aziz yang perhimpunan BERSIH 3.0 akan kekal berlangsung aman membuktikan dikalangan pemimpin pembangkang sendiri turut meragui kredibiliti Ambiga dan BERSIH 3.0 dalam memperjuangkan isu ketelusan dan keadilan proses pilihanraya.

Lebih memburukkan keadaan, BERSIH sebagai NGO juga hingga kini masih bergerak secara haram tanpa sebarang pendaftaran dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).

Kebetulannya Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi pendukung dan penyokong utama BERSIH juga tidak pernah didaftarkan sebagai parti gabungan yang berdaftar.

Selain itu, umum juga mengetahui daripada 81 NGO yang bernaung di bawah BERSIH, 60 daripadanya juga disahkan bergerak secara haram malah lebih mendukacitakan sebahagian besarnya hanya mempunyai keahlian di bawah 100 orang sahaja.

Di tambah pula peristiwa Pengerusi BERSIH jatuh tersembam di kaki KJ semuanya cukup rempah ratusnya untuk khalayak umum mempertikaikan kejujuran BERSIH dalam isu yang mereka gembar gemburkan selama ini.

Bagi yang tidak berkesempatan mengikuti perjalanan debat tersebut, sedikit petikan berikut yang di ceduk dari mynewshub pastinya boleh memberi gambaran yang lebih luas untuk anda memahami dengan jelas.


MynewsHub

Menurut Khairy, beliau menghormati hak Ambiga untuk berhimpun secara aman, namun apa yang membuatkannya tidak setuju ialah pembohongan demi pembohongan fakta yang dicanang Ambiga kepada rakyat.

Beliau memberikan contoh tentang satu poster BERSIH 3.0 yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan telah mengeluarkan sebanyak 42,000 pengundi yang kononnya 'pengundi hantu' yang didalangi SPR dan kerajaan.

Ambiga memulakan hujah di pentas debat dengan mendedahkan beberapa fakta hasil kajian Ong Kian Ming mengenai sistem dan pengkalan data SPR yang dikatakan agak mencurigakan.

Antara isu yang dibangkitkan Ambiga ialah mengenai tiga juta nama yang didaftar mengundi tidak mengikut kawasan alamat di dalam kad pengenalan, tindakan SPR yang mengeluarkan nama 42,000 individu dari senarai mengundi oleh SPR dan pengundi pos di luar negara.

Mula bersahaja dengan jenaka 'memori disembur gas pemedih mata dari pasukan polis yang sama' pada himpunan BERSIH 2.0 pada Julai lalu, Khairy menegaskan kepada Ambiga bahawa beliau senada dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk memastikan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) adalah yang paling adil dan BERSIH yang pernah diadakan di negara ini.

Khairy menyatakan bahawa segala tuntutan BERSIH telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dan semua cadangan dari jawatankuasa itu dijangka mengambil masa untuk dilaksanakan, tapi menjelaskan bahawa ada beberapa perkara yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu mempersoalkan kewajaran Ambiga dengan menggunakan taktik penipuan dalam pengedaran fakta melalui risalah BERSIH 3.0 yang sangat mengelirukan, palsu dan mampu menyebabkan rakyat salah faham dengan fakta yang sebenar.

Menurut Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ itu menjelaskan bahawa SPR telah menyerahkan sebanyak 12.5 juta nama pengundi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk disemak satu persatu.

Bagaimanapun, JPN mendapati bahawa sebanyak 42,051 nama pengundi  mencurigakan di dalam rekod SPR di mana mereka tidak mengemaskini alamat terkini dan senarai nama tersebut telah dipamerkan selama tiga bulan di jabatan terbabit bagi perhatian atau tindakan pemiliknya.

Dalam tempoh tersebut, seramai 1,248 orang telah tampil mengemaskini maklumat terbaru mereka, sekaligus membuktikan bahawa mereka masih hidup dan nama mereka tidak patut dikeluarkan dari senarai daftar pengundi SPR.

Justeru, beliau mempersoalkan kewajaran BERSIH yang sebelum ini menyebarkan cerita kononnya senarai pengundi tersebut adalah pengundi palsu sedangkan ia terbukti sebagai pengundi yang sah menurut Perlembagaan.

No comments:

Post a Comment