Tuesday, November 16, 2010

NAKKAN NEGARA ISLAM ATAU NAK ISLAMKAN NEGARA


Nak negara Islam atau nak Islamkan Negara

Dua perkara yang nampak sama makna

Tetapi hakikatnya

Tidak akan sama perlaksanaannya

Kata kita

Umat Islam terutamanya

Bahkan pemimpin negara dan pemimpin agama

Nakkan negara Islam kata kita

Apakah ciri-ciri sebenarnya

Apakah disebabkan Islam itu lebih ramai penganutnya

Apakah disebabkan Islam agama rasmi negara

Apakah disebabkan amalan Islam itu yang utama

Atau bagaimana ?

Kalau inilah yang kita kata

Sepatutnya tidak berlaku kemaksiatan dalam negara

Sepatutnya tidak berlaku penyakit sosial dikalangan manusia

Sepatutnya manusia patuh kepada undang-undang negara

Sepatutnya manusia berkasih sayang sesama manusia

Sepatutnya manusia bersatu padu dalam negara

Sepatutnya manusia bekerjasama antara manusia

Sepatutnya manusia bantu membantu sesama manusia

Kerana takutkan Tuhan Yang Maha Berkuasa

Apakah ciri-ciri ada pada kita dan negara

Kalau tidakada

Bukanlah Negara Islam namanya

Masih lagi dinamakan negara dibawah sistem manusia

Bukan dibawah sistem Tuhan Yang Maha Berkuasa

Negara Islam Tuhan kata

Hanya akan ujud setelah Negara di Islamkan oleh manusia

Di addinkan oleh kita bersama

Sebelum nak Islamkan negara

Tuhan berkata

Manusia itulah yang wajib di islamkan oleh kita

Addinkan diri sendiri yang utama

Setelah merasai diri itu sebagai Hamba dan Rasa Bertuhan pula

Maka mudahlah nak Islamkan masyarakat yang ada

Setelah masyarakat menerima Islam dengan nyata

Tuhan akan membantu untuk Islamkan Negara

Dan ujudkan Negara Islam pula

Diperingkat ini Tuhan sudah berperanan bersama manusia

Apakata pula

Dengan orang-orang yang bukan Islam anutan mereka

Apakah sistem Islam akan diterima mereka

Kalau mereka tidak menerima

Apakah mereka akan dipaksa mengikutinya

Kalau dipaksa

Ianya sudah tidak sesuai dengan Islam yang dikatakan sempurna

Bagaimana kita hendak menanganinya

Bawalah pakar yang handal dalam agama

Pasti tidak dapat formulanya kalau Tuhan tidak dibawa bersama

Jadi apakah sistem yang sebenarnya

Yang kita nak bawa kepada manusia yang bernegara

Supaya dapat menyelamatkan seluruh manusia

Apakah betul sistem yang Islam bawa

Boleh selamatkan manusia

Dan menjauhkan manusia dan negara

Dari bencana Tuhan Yang Maha Berkuasa

Kalau ini boleh diyakinkan kepada mereka lain-lain agama

Ada harapan untuk kita ajak mereka bersama

Cubalah kita berfikir dan buka minda kita

Apakah sistem dalam Islam boleh diterima seluruh manusia

Atau apakah sistem Tuhan itu yang lebih sesuai untuk semua agama dan bangsa


oleh Dato' Md Dakhiyar Amir

No comments:

Post a Comment