Saturday, October 23, 2010

Ayuh UMNO dekati RAKYAT,sayangi RAKYAT,junjungi RAKYAT.



Salam...semalam berakhir sudah perhimpunan Agung UMNO kali ke61...pelbagai perbahasan dari mulanya ucapan dasar presiden hingga ucapan penggulungan dari presiden semalam...
Semangat,Berani serta keTegasan yg ada pada presiden kali ini cukup mengambarkan yg beliau bukan lagi main-main seolah-olahnya melontar amaran kepada sesiapa saja yg masih lagi mencuba untuk mempertikai serta menganggu gugat hak2 keIstimewaan org Melayu...( Syabas Presiden ).

Bukan itu saja malah beliau akan bersama timbalannya (TPM) bakal menjelajah seluruh negeri mencakupi bahagian2 UMNO terpilih yg bermasalah utk melihat serta meninjau sendiri permasalahaan yg sering berlaku dimana keStabilan serta keKuatan UMNO boleh tergugat dgn masalah2 perbalahan ini yg sering menghantui UMNO...keberanian dan ketegasan Najib bakal di uji samaada beliau mampu mengambil tindakan2 drastik ataupun memberi persaraan awal buat ketua2 bahagian dan lain-lain yg suka buat kacau ini...

Ada juga yg mengecewakan rakyat didalam perhimpunan kali ni...perwakilan2 serta ahli2 MKT UMNO tidak langsung mengutarakan atau memberi jawapan pada isu2 yg dibangkitkan rakyat melalui media2 alam maya seperti facebook mahupun blog2???
1)suara rakyat mengenai menara100 tingkat PNB???
2)suara rakyat mengenai Rosmah Mansor???
3)suara rakyat mengenai Bajet2011 peruntukkan kepada PERMATA???

Disini sepatutnya para perwakilan serta MKT mahupun Presiden sendiri perlu memberi penjelasan pada rakyat...sebenarnya jawapan serta penjelasan bukannya penting bagi rakyat cumanya rakyat akan berasa lebih selesa serta merasai yg pemimpin2 ini dekat dan menghargai sokongan rakyat selama ini.

Pemimpin2 harus ingat bukannya lebih 2ribu yg hadir di perhimpunan Agung UMNO itu yg mampu menyelamatkan UMNO tapi lebih 11juta rakyat yg layak mengundi ini lah yg akan menentukan jatuh bangun UMNO nanti...jangan jadikan perhimpunan tahunan itu ibarat sebagai pesta bercakap mahupun mencari glamour sahaja...

Harapan saya agar UMNO terus menjunjung RAKYAT kerana RAKYAT masih sayangkan UMNO cuma pemimpin UMNO yg melupakan RAKYAT...kembalikan perjuangan UMNO ke landasan yg sepatutnya berada...jangan takut dan gentar untuk menjawap pelbagai permasalahan yg ditimbulkan RAKYAT...kerana RAKYAT ingin tahu...janganlah kita keras diluar tetapi takut didalam,berani kerana benar takut kerana salah...hapuskan PERSEPSI rakyat RAKYAT ini...agar mereka melihat UMNO sebagai parti yg mampu memayungi serta boleh disandarkan harapan serta inspirasi mereka...ayuh UMNO dekati RAKYAT,sayangi RAKYAT,junjungi RAKYAT.

WASSALAM...yg baik hanya dari ALLAH yg jahil hanya dari kita hambaNYA

No comments:

Post a Comment