PASUKAN bola sepak Sepanyol selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Alfonso Pena, Curitiba, Brazil, hari ini. - Foto AFPKUALA LUMPUR: Pasukan Sepanyol menjadi pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada kejohanan Piala Dunia kali ini walaupun beliau mengakui lebih meminati pasukan England.
Beliau menyatakan keyakinannya penyandang juara Piala Dunia itu yang lebih dikenali sebagai La Roja akan mengekalkan kejuaraannya pada kejohanan kali ini.
'Walaupun England adalah pasukan yang bertakhta di hati (sentimental), namun pasukan itu tidak boleh pergi jauh dalam kejohanan kali ini. Pasukan Sepanyol sukar untuk ditewaskan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Invest Malaysia 2014 di sini, sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment