Tuesday, June 10, 2014

Imam Besar Masjid Shah Alam meninggal dunia


Imam Besar Masjid Shah Alam meninggal duniaImam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Ahmad Mustafa Mohd Sidin, 40, meninggal dunia jam 9.07 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Shah Alam: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Ahmad Mustafa Mohd Sidin (gambar), 40, meninggal dunia jam 9.07 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. 

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang selepas mengadu sesak nafas pada 4 Jun lalu, sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN


Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad, dalam kenyataan malam tadi, berkata jenazah Allahyarham dibawa ke masjid negeri malam tadi untuk dimandi dan dikafankan. 

Ahmad Mustafa dilahirkan di Kuala Kubu Bharu pada 26 Disember 1974, mendapat p endidikan menengah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu sebelum meneruskan pengajian di Maktab Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1990.

Imam Masjid ar-Rahimiah Selepas memperoleh Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat dari pusat tahfiz itu, Allahyarham sempat berkhidmat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu selain menjadi Imam Masjid ar- Rahimiah, di kawasan sama pada tahun 1994.

Setahun kemudian, Allahyarham melanjutkan pengajian ke Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar di Kaherah, Mesir dan sempat berguru dengan beberapa btokoh besar di universiti berkenaan.

No comments:

Post a Comment