Monday, October 22, 2012

Tayar belakang jejas Hafizh


Reaksi Hafizh selepas membuat kejutan menamat saingan di tempat keempat Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang, petang semalam.Reaksi Hafizh selepas membuat kejutan menamat saingan di tempat keempat Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang, petang semalam.
‘Saya gembira apabila hujan kerana saya suka berlumba di litar basah’

Sepang: Selepas kejayaan podium Zulfahmi Kharuddin, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terus menyaksikan kejutan apabila pelumba wildcard negara, Hafizh Syahrin Abdullah memperagakan tunggangan cemerlang untuk menamatkan saingan di tangga keempat kategori Moto2 (600cc), semalam. 

Walaupun tidak disandarkan harapan, apatah lagi, memulakan perlumbaan di petak ke-27 tetapi ia langsung tidak dihiraukan pelumba berusia 18 tahun itu yang terus memecut sebaik perlumbaan bermula dan satu ketika mendahului saingan pada pusingan kesembilan, 10 dan 11. 
Namun, kerosakan pada tayar belakang jentera menyaksikan usahanya untuk mengekalkan kedudukan selaku pendahulu tidak kesampaian sekali gus gagal mengikut jejak cemerlang Zulfahmi menaiki podium apabila menamatkan saingan yang dihentikan lebih awal pada pusingan ke-17 daripada 19 pusingan berikutan hujan dengan kepantasan 37 minit 00.734 saat. 

"Saya cukup gembira kerana hujan, apatah lagi, saya memang gemar berlumba di litar basah. Ketika mendahului perlumbaan, tayar belakang jentera saya mengalami masalah sehingga menjejaskan kemampuan jentera untuk terus mengekalkan kedudukan di tempat pertama. 

Atasi pencapaian tahun lalu 

"Saya sasar berada dalam 15 terbaik tetapi selepas melihat kejayaan Zulfahmi menaiki podium, saya semakin bersemangat untuk melakukan perkara sama. Walaupun mengalami masalah, saya tidak berputus asa dan bagi saya kedudukan keempat adalah satu keputusan yang cukup bagus," kata Hafizh yang digelar 'Pescao' (Ikan kecil) di kalangan pelumba lain di Sepanyol. 

Kejayaan luar biasa Hafizh ini menjadikan ia keputusan paling cemerlang pernah diraih oleh pelumba wildcard negara. 
Pada penampilannya tahun lalu sebagai pelumba wildcard, Hafizh hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-20.

No comments:

Post a Comment