Thursday, July 19, 2012

Allah Mahukan Pas Merampas Kuasa Ke Putrajaya - Nik Abduh



"Kenapa kita mahu ke Putrajaya ? Allah mengarahkan kita ke Putrajaya, Allah mahukan kita merampas kuasa itu daripada musuh Allah dan musuh kita, inilah perjuangan yang suci"
Mungkin ini salah satu fatwa yang baru dikeluarkan oleh anak Nik Aziz Nik Mat kepada pengikutnya, persoalannya bagaimana Nik Abduh mengetahui bahawa Allah mengarahkan PAS untuk merampas Putrajaya?

Adakah Nik Abduh mempunyai satu kuasa istimewa yang tidak dimiliki oleh orang lain sehingga Nik Abduh mampu berkomunikasi secara langsung dengan Allah S.W.T?

Jika perkara sebegini tidak dibendung, tidak mustahil negara kita akan terus melahirkan golongan ekstremis agama sehingga membawa kepada tindakan di luar kawalan sebagaimana kes amuk di hadapan Jabatan Perdana Menteri.

Dari bapak sehingga ke anak, golongan munafik ini hanya tahu memperalatkan agama untuk menghalalkan matlamat perjuangan songsang mereka!

No comments:

Post a Comment