Sunday, November 28, 2010

Naib Presiden PAS Yg Tak Cerdik


(Solat 'Eidul Adha di Masjidil Haram pada hari Selasa 10 Zulhijjah 1431 manakala di Malaysia pada Rabu 10 Zulhijjah 1431)
Salam 2 all.

Saya agak terkejut dan dan macam tak percaya pulak bila membaca lapuran yang disiar oleh media pro-Anwar MalaysiaKini bertarikh 08.11.2010 yang memetik kenyataan YB Salahudin Ayub bertajuk "PAS dakwa tarikh 'Eidul Adha sangat pelik". Salehudin memilih mengecam pihak berkuasa agama yang didakwa beliau saperti tidak tahu mengurus dan mentadbir perkara sekecil ini! Alasan yang diguna beliau untuk kepelikan itu ialah tarikh 'Aidil Adha di Malaysia "yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di 'Arab Saudi"?! Teman rasa yang kelirunya ialah Salahudin bukannya pihak berkuasa agama Islam! Yang peliknya perkiraan Salahudin dan bukan pihak berkuasa agama!

Pertama teman tidak pasti samada benar kenyataan lapuran tersebut yang mendakwa ianya mewakili PAS. Kadang-kadang ada media yang suka menggunakan tajuk yang mengelirukan. Mungkin kenyataan itu adalah pandangan peribadi Salahudin dan bukan PAS. Tambahan bila saya bertanya dengan beberapa rakan-rakan PAS mereka tidak tahu menahu mengenainya. Malahan ada yang kata "takkanlah kami ni kurang cerdik tak tahu nak kira sampai nak buat dakwaan terhadap pihak berkuasa agama macam tu!".

Apa yang peliknya kerana lapuran itu mendakwa kepelikan sehingga mengelirukan umat Islam yang berlaku kerana sambutan 'Eidul Adha di Malaysia berbeza dua hari dengan hari wuquf di Sa'udi! Oleh itu ada kekeliruan kononnya dengan bila hari taysriq bermula dan berakhir. Teman ingat takde siapa yang keliru, apatah lagi ragu, kerana ukuran perbezaan sepatutnya dikira antara 'Eidul Adha di Sa'udi dan di Malaysia, bukan wuquf dengan 'Eidul Adha!! Semua orang tahu ada beza diantara wuquf dengan 'Aidil Adha. Wuquf jatuh pada 09 Zulhijjah, bilamana jemaah haji berkumpul di Arafah. 'Eidul Adha pula, atau di Malaysia terkenal dengan panggilan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban, jatuh pada 10 Zulhijjah.

Di 'Arab Saudi, wuquf tahun ini jatuh pada hari Isnin iaitu 15 November 2010. Maknanya hari Isnin di 'Arab Saudi ialah 09 Zulhijjah 1431, manakala di Malaysia Isnin 15 Nov 2010 masih 08 Zulhijjah 1431. Manakala 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah 1431 di 'Arab Saudi jatuh pada hari Selasa 16 Nov 2010. Manakala di Malaysia 'Eidul Adha, iaitu 10 Zulhijjah jatuh pada hari Rabu 18 Nov 2010. Maknanya perbezaan sambutan 'Eidul Adha antara 'Arab Saudi dengan Malaysia hanyalah satu (1) hari, bukannya dua (2) hari. Jadi tidak timbullah isu kekeliruan atau kepelikan saperti yang didakwa Salahudin. Yang peliknya ialah perkiraan beliau. Dimana dia dapat fakta perbezaan dua hari itu, melainkan Salahudin menganggap hari wuquf itu sebagai hari raya haji?!

Berdasarkan itu, tiada kekeliruan bagi perkiraan hari tasyriq. Di Sa'udi ianya dari hari Rabu, Kahmis & Juma'at. Manakala bagi Malaysia hari tasyriq ialah Khamis, Juma'at & Sabtu. Kat mana yang pelik dan kelirunya YB!? Sehingga meragukan! Teman pulak menjadi ragu dengan tahap ilmu dan pengetahuan Salahudin dalam isu perkiraan falaq ini! Dan Salahudin ialah Naib Presiden PAS yop, bukan Ketua Cawangan di Ulu Tembeling nun!

Takkanlah Salahudin tidak tahu beza antara hari wuquf dan 'Eidul Adha? Dan hari tasyriq adalah tiga hari selepas 'Eidul Adha, iaitu 11, 12 & 13 Zulhijjah. Di Malaysia ianya jatuh pada hari Khamis, Jumaat & Sabtu; sedangkan di 'Arab Saudi dari hari Rabu, Khamis & Jumaat. Dan mengambil kira perbezaan kita dengan Sa'udi adalah 5 jam, maka perbezaan 'Eidul Adha hakikatnya kurang daripada 24 jam! Jadi kat mana peliknya sambutan 'Eidul Adha dan hari tasyriq di Malaysia berbanding Sa'udi? Apatah lagi Indonesia, Singapura dan Brunei juga menyambutnya sama dengan Malaysia. Jadi adakah mereka semua pun pelik, atau perkiraan Salahudin yang pelik?

Kata beberapa sahabat teman ulama' muda PAS, lapuran kenyataan Salahudin itu memberi gambaran seolah-olah PAS mengira ''Eidul Adha daripada hari wuquf?! Disitulah keluar kenyataan mereka "takkanlah ustadz-ustadz PAS tak cerdik langsung sampai tak tahu nak kira?". Ringkasannya mereka kata kenyataan itu tidak mungkin pendirian PAS, ianya mungkin perkiraan Salehudin sendiri. Wallahua'lam, teman pun tak pasti. Tapi yang pentingnya, PAS mesti menyatakan pendirian adakah kenyataan Salahudin dan tindakan beliau nak membawa usul tergempar di Parlimen mengenai tarikh 'Eidul Adha itu adalah pendirian PAS, atau hanya salahkira Salahudin seorang sahaja.

Ini adalah kerana membawa satu usul khas ke Parlimen untuk mempertikai sesuatu yang jelas akan memberi persepsi negatif kepada PAS sebagai sebuah parti beralaskan Islam. Teman cukup yakin ramai para ulama' dan ustadz didalam PAS yang cukup 'arif dengan persoalan falak dan perkiraan wuquf dan 'Eidul Adha itu. Dan sudah pasti mereka akan lihat kesilapan Salahudin dalam perkiraan dan tindakannya membawa usul khas tersebut. Untuk tujuan pengesahan, teman lampirkan dibawah kenyataan Ketua Pengarah JAKIM Ustadz Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang jelas penerangannya.

Cadangan teman kepada Salahudin supaya menarik balik kenyataan beliau tersebut dan meminta maaf kepada pihak berkuasa agama atas kecaman yang beliau buat terhadap mereka dan akhirnya menarik balik usul khas yang telah beliau failkan tersebut. Nasihat teman kepada Salahudin, di masa hadapan kalau ada permasalahan saperti itu eloklah bawa berbincang dengan pihak berkuasa atau mereka yang arif terlebih dahulu, kerana bak kata orang lebih baik kita diam daripada bercakap, sebab bila kita buka je mulut orang tahu ketidakcerdikan kita nanti. Tapi Salahudin jangan risau, sebab kata seorang kawan Salahudin, ketidakcerdikan itu bukan satu jenayah! Cuma orang kapior gelak sakan lah tengok kita yop kerana isu remeh macam ni pun nak dibawa sebagai usul khas ke Parlimen oleh Naib Presiden pulak tu! Takkan soal raya pun jadi bahan politik kepartian yop!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
14 Zulhijjah 1431
21 Nov 2010

*Nota: ini adalah pandangan peribadi saya sendiri. Sekiranya pandangan saya ini didapati bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah maka pandangan saya ini adalah terbatal dengan sendirinya dan Al Quran & Sunnah itu lah yang hendak diterima. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment