PIHAK pembangkang nampaknya cukup tidak puas hati apabila berita kehilangan pesawat MH370 mengalihkan perhatian dari Ketua Pembangkang yang telah didapati bersalah Jumaat lepas.
Rata-rata komen mereka di media sosial tidak segan silu memperlekeh tragedi kehilangan ini sambil mengutuk kerajaan.
Berbagai-bagai teori dikemukakan bagi mengaitkan tragedi tersebut dengan kes Anwar Ibrahim.
Mereka juga merungut kononnya kerajaan lambat bertindak, lambat mengumumkan perkembangan terkini, sengaja menyembunyikan fakta dan berbagai-bagai lagi.
Mereka mempersoal langkah mencari dan menyelamat dan aset yang digunakan. Malah mereka mencemuh keprihatinan para pemimpin kerajaan, terutama Datin Seri Rosmah sebagai lakonan.
Kesimpulannya, mereka hanya ingin mengutuk kerajaan, dan langsung tidak prihatin terhadap mangsa MH370. Mungkin dengan memaki hamun kerajaan setiap hari memberikan mereka satu kepuasan jiwa yang tidak terhingga.
Oleh itu, segala kemarahan atas keputusan mahkamah yang mendapati Anwar bersalah dihamburkan sepenuhnya dalam memperkatakan tragedi MH370.
Anwar sendiri, di dalam blognya langsung tidak prihatin dengan apa yang terjadi terhadap MH370. Anwar terlalu sibuk cuba membela diri dan mencari publisiti.
Anwar benar-benar kecewa apabila demonstrasi yang dirancang semalam tidak menjadi mungkin kerana rakyat terlalu sibuk risaukan MH370. Penafian Anwar yang beliau tidak pernah meliwat telah ditenggelamkan berita tragedy tersebut.
Lebih malang bagi Anwar apabila dalam usaha Anwar untuk menafikan yang beliau bersalah, Majlis Peguam pula tiba-tiba mengesahkan bahawa beliau seorang peliwat. Petikan kenyataan rasmi Majlis Peguam adalah seperti berikut:
“Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa.”
Majlis Peguam berhujah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar paksaan. Sedangkan, Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.
Jelas, Majlis Peguam cuba memutar-belit undang-undang negara dan cuba menghalalkan liwat.
Anwar selama ini begitu bersungguh-sungguh menafikan beliau meliwat, dan kononnya tuduhan liwat hanyalah konspirasi dan fitnah UMNO tetapi kenyataan akhbar Majlis Peguam tersebut secara langsung menolak semua penafian Anwar sekali gus, diri Anwar sendiri ke dalam gaung.
Sehingga kini, Anwar mahupun peguambelanya masih belum memberi sebarang komen mengenai kenyataan akhbar Majlis Peguam.
Nampaknya, walaupun kehilangan MH370 dianggap oleh penyokong PR sebagai ‘mengganggu’ strategi Anwar untuk membuat kecoh sempena keputusan rayuan kesnya, tetapi ia telah memberi sedikit kelebihan kepada Anwar apabila rakyat terlepas pandang akan kenyataan akhbar Majlis Peguam.
No comments:
Post a Comment