Pedas dan tajam sungguh sindiran artikel di bawah terhadap wartawan portal pro-pembangkang yang bangang serta tidak dapat membezakan di antara kenyataan benar dan sinikal.
Dan dek kebangangan wartawan tersebut, ramai pemimpin pembangkang melompat kegembiraan kononnya dapat memperlekehkan Tun Mahathir tetapi akhirnya, mereka sendiri terkedu malu bila kena batang hidung sendiri.
Contoh yang paling jelas ialah kenyataan Nik Aziz yang 'mempertikaikan kenyataan Tun Mahathir padahal beliau sendiri pernah memberi kenyataan sanggup 'bekerjasama dengan syaitan'.
Lihat buktinya : KLIK SINI
Sila baca di bawah :
Petang Sabtu ramai wartawan yang cover majlis rumah terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya di The Mines, sok sek sesama sendiri berikutan tersiarnya cerita dalam portal pro pembangkang pasal 'syaitan dan malaikat'.
Berikutan itu keluar tidak lama selepas sidang media yang dibuat Dr Mahathir, kiranya amat pantas sungguh cara mereka bekerja.
Cuma yang kawan-kawan wartawan dok sok sek itu bukan apa, melihat bagaimana portal yang kononnya berintergriti tersebut terima bulat-bulat apa yang Dr Mahathir komen bahawa kerajaan adalah 'syaitan' yang dikenali berbanding pembangkang adalah 'malaikat' yang tidak dikenali.
Bagi yang kenal Dr Mahathir, komen-komen yang sinis merupakan style bekas perdana menteri dan presiden UMNO paling lama itu.
Komen yang sinikal itu pula, perlu difahami dengan konteks yang betul supaya apa yang hendak disampaikan tidak terkeluar dari maksud sebenar.
Sebab itu, biasanya untuk cover sidang media pemimpin-pemimpin utama negara (atau tokoh dan selebriti) organisasi media hantar wartawan yang ada pengalaman, senior repoter, bukan budak baru yang tidak dapat membezakan antara komen sebenar dan gurauan atau sindiran.
Dalam sidang medianya, Dr Mahathir berkata pembangkang mahu rakyat membenci kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional sahaja.
Menurutnya, pembangkang mahu rakyat lupa jasa kerajaan serta menganggap “jika kamu membenci kerajaan, kamu bersama mereka.”
"Walaupun Malaysia mengalami kegawatan ekonomi, Malaysia masih mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik. “Dan dalam masa sama kita mampu hidup harmoni dalam negara berbilang kaum, kenapa pembangkang tidak pernah sebut tentang perkara ini?” katanya.
"Idea pembangkang hanya mahu membenci kerajaan. Mereka mahu rakyat panggil kerajaan sebagai 'syaitan', tapi kerajaan adalah 'syaitan yang orang semua kenal', berbanding dengan mereka 'malaikat' yang orang tidak kenal." kata Dr Mahathir.
Ada unsur kiasan apabila beliau menggunakan istilah syaitan dan malaikat tersebut. Sebenarnya di dalam sidang media tersebut, ada wartawan mencelah, bertanya pada Dr Mahathir, jika kerajaan digambarkan sebagai 'syaitan', siapa pula 'malaikat' itu?
Dr Mahathir dengan mimik muka bersahaja pun kata "“Opposition-lah!” yang buat semua wartawan yang tengah serius bekerja ketawa terbahak-bahak.
Kami ketawa sebab kami tahu bahawa itulah trademark Dr Mahathir, sinis.
Jadi jika ada yang cuba spin Dr Mahathir anggap pembangkang adalah malaikat, betapa teruknya mereka cuba memesongkan orang ramai.
Lebih malang lagi, jika mereka percaya bulat-bulat bahawa Dr Mahathir anggap kerajaan 'syaitan' dan pembangkang adalah 'malaikat'.
Itu saja membuatkan kita tahu tahap kecerdikan orang yang buat dan luluskan berita seumpama itu -26/8/2012- AGENDA DAIL
No comments:
Post a Comment