Ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, banyak ceramah-ceramah anjuran pembangkang menghentam Tun Mahathir sebagai Maha Firaun, Maha Zalim, Nak Mati dalam Takhta, Gila Kuasa.
Namun mulut-mulut jahat ini tidak lagi kedengaran apabila Tun Mahathir sudah hampir 10 tahun 'pencen' sebagai Perdana Menteri, satu jawatan yang tertinggi dalam pentadbiran kerajaan persekutuan.
Dan kini, kita juga juga tertanya-tanya, bagaimana pula dengan Nik Aziz ? Bila nak pencen ? mahu mati dalam jawatan juga ka ? atau Nik Aziz nie memang GILA KUASA ka ?
Memang betul kalau ada kuasa, memang payah mahu lepaskan selagi ada hayat dikandung badan. Walaupun semakin hari semakin merapu Nik Aziz keluarkan kenyataan. Tetapi Tun Mahathir pon tetap sempoi melepaskan jawatan dengan mudah selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
Jika nak dibandingkan pencapaian antara Tun Mahathir dengan Nik Aziz, menjadi 'Jauh Panggang dari Api' dan 'Bagaikan langit dengan Bumi' – Kemajuan yang dibawa oleh Tun Mahathir benar-benar membawa perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. Di Kelantan, macam tu jugak sejak Nik Aziz pegang jawatan MB sampai sekarang. Pelaburan Tesco tu jugak nak dibanggakan.
Kalau mahu bersangka baik, mungkin Nik Aziz ada "Perjuangan Yang Belum Selesai' kot.
No comments:
Post a Comment