Friday, July 27, 2012

Bukti Pembangkang Tuduh Tun Mahathir Ada Ilmu Hitam.


Untuk generasi muda, inilah propaganda yang disebarkan oleh penyokong Anwar Ibrahim semasa dia dipecat.


SOLAT HAJAT KUBRA: PATAHKAN RANCANGAN JAHAT MAHAFIRAUN 

Cucu Datuk Bahaman

Mahafiraun pernah memberi amaran bahawa pilihanraya ke 10 kali ini merupakan pilihanraya terkotor dalam sejarah negara. Amaran dari seorang diktator ini tidak boleh dipandang enteng oleh kita semua kerana beliau mempunyai kelebihan dari segi penguasaan ke atas instrumen-instrumen kerajaan, yang boleh dieksploitasi menurut hawa nafsunya secara babarian.

Beberapa insiden yang telah berlaku seperti ‘rusuhan’ yang dicipta oleh SB-SB yang menjadi anjing-anjingnya ketika perhimpunan aman rakyat yang lepas menjadi bukti bahawa itu hanyalah baru permainan permulaan oleh diktator kejam tersebut. Dan…sepertimana janji dan ancamannya sebelum ini, kejadian buruk pasti bakal terjadi dalam kempen pilihanraya tidak lama lagi.

Ini tidak dapat dielakkan lagi kerana walau apa pun yang terjadi, kemenangan mesti berpihak kepada BN. Kekalahan bererti kemusnahan dan kehancuran sebuah empayar pemerintahan yang dibina atas kezaliman dan rompakan wang rakyat semenjak 18 tahun yang lalu. Inilah yang tidak dapat diterima sama sekali oleh Mahafiraun tersebut.

Beberapa siri pendedahan oleh pejuang-pejuang yang menyokong keadilan dan kebenaran, yang berada bersama dajal-dajal tersebut, seperti yang didedahkan beberapa kali dalam internet sebelum ini hendaklah dipandang serius oleh kita semua bahawa itu merupakan sebahagian daripada pelan jahat yang akan dilaksanakan demi memastikan kekuasaan mereka tidak jatuh ke tangan Barisan Alternatif dalam pilihanraya nanti. Kelekaan atau kecuaian di sebelah kita hanyalah akan mengundang malapetaka. Kalau dalam Tragedi 13 Mei 1969 pun sanggup dipertaruhkan nyawa rakyat oleh Mahafiraun tersebut, dengan mencetuskan elemen-elemen kegelisahan di kalangan rakyat ketika pemerintahan Tunku 30 tahun lampau sehingga menumpahkan darah ribuan yang tidak berdosa, kini apalah yang dipedulikan sangat oleh beliau demi mencapai cita-cita dan kekuasaannya.

Beberapa pelan jahat yang dirancang secara terancang hampir pasti akan digunakan dalam pilihanraya yang akan diadakan beberapa minggu lagi tersebut. Matlamatnya hanya satu iaitu untuk melaksanakan pemerintahan DARURAT demi mengekalkan kekuasaannya. Pelan jahat ini akan dilakukan dengan kerjasama pihak tentera dan polis. PDRM di bawah Norian Mai pun hampir sama sahaja dengan ketika Rahim The Bapak Anjing menjadi KPN.

“Pengorbanan” Norian menyelamatkan Anwar ketika mahu disuntik dengan virus HIV oleh Rahim The Bapak Anjing semasa dalam lokap dahulu nampaknya tidak kemana dan sia-sia sahaja bilamana beliau kini rela menjadi alat dan diperalatkan oleh Firaun gila dan Dollah Babi J.E. itu.

Demikianlah manusia yang tidak berprinsip. Cepat kalah dengan pangkat dan kedudukan dan sanggup menjual maruah dengan upah yang sedikit. Menyedari risiko dan musibah yang bakal terjadi dan menimpa rakyat yang tidak berdosa dalam pilihanraya tak lama lagi itu, saya menyeru kepada seluruh umat Islam muslimin dan muslimat pejuang keadilan dan kebenaran sekalian agar kita mulai dari sekarang melakukan SOLAT HAJAT KUBRA memohon agar Allah s.w.t. mematah dan menggagalkan segala tipu daya dan rancangan jahat Mahafiraun gila itu. Tanpa munajat dan doa mohon perlindungan kepada Allah s.w.t. kita semua dibimbangi akan terperangkap dalam rancangan jahat yang amat buruk itu.

Cegah ia sebelum terlambat. Marilah kita melakukan SOLAT HAJAT KUBRA tersebut secara beramai-ramai atau sendirian memohon perlindungan dan keselamatan dari Allah s.w.t. Hanya DIA sahaja yang dapat menolong dan menyelamatkan kita semua dari segala mara bahaya yang bakal dicetuskan oleh Mahafiraun dan anjing-anjingnya kelak.

JANGAN PANDANG RINGAN ANCAMAN MAHAFIRAUN TERSEBUT. Beliau hanya takut dengan senjata DOA sahaja sekarang. Saya ingin mengesahkan akan tulisan yang ditulis oleh saudara MOSA AZIZ pada 27.9.99 lepas yang bertajuk LAPORAN PARA BOMOH: MAHATHIR BAPAK BOMOH POLITIK.

Memang benar bahawa Mahafiraun tersebut mengamalkan ilmu hitam dan tidak lut peluru (kebal). Tidak hairanlah jika beliau begitu berani berbuat apa sahaja kerana tiada sebiji peluru pun yang dapat menembusi tubuhnya (kecuali peluru emas dan buluh runcing). Beliau mengamalkan ilmu hitam dengan memuja patung dan tengkorak yang berharga RM5,000 sebiji dan sebanyak 5 biji tengkorak.

Selain itu, ilmu penunduk yang dimilikinya mampu membuatkan sesiapa sahaja yang berhadapan dengannya akan kecut perut. Sebab itu tiada seorang pun di kalangan menteri kabinetnya yang berani bersuara dan mengangkat muka bila berhadapan dengan beliau. Ini termasuklah semua raja-raja Melayu. Ketika menundukkan Tun Husein Onn supaya meletak jawatan pada tahun 1981 dahulu, beliau bertemu dengan seorang bomoh Jawa, pengamal ilmu pategeni di Linggi, Negeri Sembilan.

Begitu juga dengan Musa Hitam, turut menjadi mangsa ilmu penunduk bomoh Jawa tersebut, yang memakan upah dari Mahafiraun itu. Tetapi dengan Anwar, Mahafiraun itu gagal menundukkannya kerana bomoh tersebut telah pun meninggal dunia. Dan mungkin juga kerana Anwar seorang yang kuat beragama dan tidak meninggalkan solat fardhu maka banyak niat jahat orang terhadapnya tidak diizinkan Allah s.w.t.

Untuk menghadapi seorang manusia pengamal ilmu hitam seperti Mahafiraun itu, hanya ada satu sahaja cara iaitu dengan kita meningkatkan amal dan doa kepada Allah s.w.t. Mahafiraun cukup takut dengan solat hajat kerana jin-jin yang melingkarinya akan kepanasan, membuatkannya turut merasa panas dan gelisah. Jika kita tidak henti-henti melakukan solat hajat ini, saya yakin Mahafiraun akan menjadi gelisah dan tidak tenang lagi.

Saya juga ingin menyeru kepada pengamal-pengamal ilmu tarekat dan silat yang hak agar melakukan beberapa perkara tertentu untuk menentang Mahafiraun itu secara alam bathin. Saya harap tiada lagi ancaman-ancaman kosong yang dibuat melalui internet untuk melakukan itu dan ini ke atas Mahafiruan itu, tetapi sekadar cakap dan ancaman kosong sahaja. Tak usahlah mengacah dengan parang terbang ke, panah ghaib ke dan sebagainya kalau sekadar menggertak macam budak-budak. Nanti akan ditertawakan oleh Mahafiraun itu sahaja. Jika nak buat, lakukan sungguh-sungguh, terutama mengirim “Jurus Bathin “ dari jarak jauh. Masa yang paling sesuai ialah sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Ini kerana ketika itu tiada siapa pun yang menjadi Perdana Menteri secara teknikalnya.

Saya ingin memberi amaran bahawa jika Mahafiraun itu dibenarkan terus berkuasa atau hidup lebih lama lagi, akan rosak binasalah rakyat dan negara ini dengan lebih parah lagi. Jangan biarkan dia terus berkuasa selepas pilihanraya nanti walau dengan apa cara sekalipun kerana bala yang bakal menimpa rakyat tidak dapat digambarkan lagi. Rusuhan dan pertumpahan darah hampir pasti tidak dapat dielakkan lagi demi memastikan kekuasaannya tidak jatuh ke tangan Barisan Alternatif. Tunggulah saat itu!®
http://members.tripod.com/polong_cyber/select2/110251.htm

Artikel seperti ini bukan sahaja dipaparkan di Internet, malah penyokong-penyokong Anwar juga mencetak artikel seperti ini lalu diedarkan kepada jiran-jiran.

Persoalan yang MyMassa nak tanya pada pembaca. Jika benar PAS berada di pihak yang benar dan Tun Mahathir adalah seperti yang digambarkan (zalim, diktator dan lain-lain), kenapa Tun Mahathir selamat dari bencana yang digambarkan seperti yang tulis dalam artikel tersebut? Yang MyMassa ingat, beratus solat hajat PAS lakukan untuk melaknat pihak lawan. Siapa yang dizalimi, PAS atau Tun Mahathir yang sering difitnah dan ditohmah oleh PAS dari dulu lagi?


*Saja kongsi sejarah untuk peringatan generasi muda.

No comments:

Post a Comment