Saya bukanlah orang yang tahu berpolitik atau bijak berkata-kata tetapi saya bukanlah orang yang mudah untuk diperbodohkan apatah lagi dalam melihat urutan peristiwa antara Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga peguam berkalibar dengan Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada tarikh 18 Disember 1997, Karpal Singh yang merupakan ahli Parlimen pembangkang telah bersuara dengan lantang mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti dan dua orang saksi melibatkan mangsa liwat kepada Anwar; yang mana pada ketika ini Anwar menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Kewangan.
Namun apabila kes ini dibicarakan bagaimana mungkin Karpal berpaling tadah dan memberikan sokongan kepada Anwar yang ketika itu telah dipecat dari kerajaan.
Kemudiannya, pada tahun 2009, rakyat telah dikejutkan dengan tindakan Karpal yang membidas Anwar lantaran sikapnya yang bermuka-muka sehinggakan beliau menggesa Anwar untuk bertaubat walhal ketika itu para pemimpin tersebut adalah dalam ‘satu kapal’ iaitu sekutu pakatan pembangkang.
Namun, lebih mengelirukan apabila pada 2010, Karpal Singh sanggup menjadi peguambela utama kepada Anwar dalam kes pertuduhan liwat yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.
Mana kredibiliti sebagai seorang pemimpin apatah lagi memegang profesion peguam ternama yang sewajarnya mempunyai ketegasan dan peribadi terpuji. Adakah ini antara sandiwara pakatan pembangkang dalam mencari populariti atau hanyalah gulu-gula politik sesama mereka bagi memastikan ikatan yang akan terurai bertaut kembali?
Siapa pembohong dan yang dibohongi? Siapa yang bodoh dan diperbodohkan? Fikirkanlah….
Jentayu Moden
"Saya adalah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, amat menghargai kesejahteraan dan kelestarian negara....." kalau butul apa yang kau cakap ni sana opening artikel kau ni, yang kau taruk gambar si ANwar di kepala dia tu ada tanda agama orang lain (which is in this case clearly is not his religion) kenapa??? The more you do like this the more people from other religion will not support your cause.
ReplyDeleteGreeting from Borneo