Wednesday, April 18, 2012

kebenaran tentang hubungan sulit Anwar dan Shamsidar

VIDEO PANAS : HUBUNGAN SULIT DI HOTEL GRAND SEASON...


Setelah hampir 14 tahun mengunci mulut, akhirnya pada Mac 2012, Senator Datuk S Nallakarupan mula buka mulut.
“Saya mahu perbicaraan dimula dengan segera sebab saya mahu rakyat Malaysia tahu kebenaran tentang hubungan sulit Anwar dan Shamsidar. Saya yang disuruh oleh Anwar untuk mengatur pertemuan sulit ini.
“Saya juga akan beritahu ‘hasil’ yang diperoleh Shamsidar dan Anwar daripada perhubungan sulit ini,” katanya dalam sidang media di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur, 28 Mac.
Shamsidar, wanita yang disebut Nalla itu adalah merujuk kepada Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.
Ummi Hafilda, adik bongsu Azmin yang turut hadir dalam sidang media Nalla itu berkata beliau pernah mengintai Nalla membawa Anwar dan Shamsidar pada pada 30 Jun 1997 dari Bangsar Shopping Complex ke Tivoli Villa.
“Saya pergi mengintai Datuk Nalla, 30 Jun 1997, (di mana Nalla) menaiki kereta Daimler WBV 37. Saya rakamkan semua gambar-gambar tersebut.
“Saya cabar Anwar, Azmin, Shamsidar saman saya”, katanya.
Nalla mengesahkan kebenaran kata-kata adik Azmin Ali itu.
“Ummi Hafilda sudah jadi camera man..dia tangkap gambar di Tivoli Villa, bila saya angkat Anwar di dalam kereta”, katanya.
“Saya ikut Datuk Nalla daripada Bangsar Shopping Complex..dua jam saya tunggu Anwar dan Shamsidar dalam kondo (Tivoli Villa), 5.30 petang hingga 7.30.. Magrib”, sambung Ummi Hafilda.
Untuk memahami episod bersejarah yang bermula pada 30 Jun 1997 hingga membawa kepada pemecatan Anwar sebagai ahli UMNO dan terpaksa bergelut di mahkamah pada tahun 1998 , sila baca di sini
Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, peguam popular masa kini yang dilantik Nalla mewakilinya berkata anak guamnya akan melakukan pembelaan kebenaran untuk melawan saman fitnah Anwar.
“Beliau (Nalla) akan timbulkan pembelaan justifikasi ataupun pembelaan kebenaran bahawa apa yang beliau cakap itu adalah benar.
“Dengan itu injunksi (menghalang Nalla bercakap tentang isu ini yang dipohon Anwar) akan runtuh dengan sendiri. Mana-mana mahkamah pun tidak akan terima injunksi jika ada pembelaan yang sedemikian” katanya.
Katanya, kes ini bukan kes peribadi sebaliknya melibatkan kepentingan awam.
“Isu ini bukan isu peribadi di antara seorang dengan seorang yang lain, tetapi ini adalah satu isu di mana masyarakat ada hak nak tahu.
“Sebab ia melibatkan pemimpin, bakal pemimpin (Perdana Menteri), rakyat mesti tahu, apa kebenaran yang sebenarnya”, katanya.
Berdasarkan bukti-bukti yang ada pada Nalla, Shafie yakin beliau boleh menang dalam kes ini.
“Yang saya yakin kita boleh menang (kes ini), kalau saya boleh sebut istilah dalam Bahasa Inggeris, Datuk Nalla ini akan bercerita dari ‘horse’s mouth‘ (satu sumber maklumat yang dianggap sebagai asal atau yang tidak dapat disangsi).
“Mengikut beliau (Nalla), beliau ada di mana-mana tempat, bukan satu, dua tempat,”, katanya.
Kehadiran YB Zulkifli Noordin dan Anuar Shaari mengukuhkan lagi hubungan akrab Nalla dan Anwar sekitar tahun 1990-an, di mana tempoh masa hubungan sulit Anwar-Shamsidar berlaku.
Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan berkata Nalla sering datang ke pejabatnya untuk menemui Anwar tanpa perlu membuat temu janji.
Zulkifli yang pernah menjadi salah seorang peguam bela Anwar untuk kes 1998 mengesahkan lagi hubungan rapat Anwar-Nalla di mana beliau pernah dilantik sebagai peguam pemerhati kepada Nalla yang ketika itu masih berpihak kepada Anwar. AIDC

No comments:

Post a Comment