Saturday, June 14, 2014

Genap 100hari pesawat MH370 meninggalkan kita tanpa kesan...



hari ini genap pesawat MH370 milik MAS meninggalkan kita tanpa dikesan n tanpa mampu dijejaki oleh teknologi serba canggih yg menguasai dunia...hingga ke hari ini ia dipanggil MISTERI kehilangan???
pesawat sepanjang 63meter serba canggih dengan teknologi terkini terus disembunyikan dan didiamkan dlm lipatan buku,majalah mahupun teknologi serba canggih dunia dan ia bakal diSEJARAHkan didalam aktiviti penerbangan dunia dan digelar MISTERI...

Suka atau tidak kita harus menerima hakikat yg kita sedang dipermain dan diuji cuba oleh gergasi kuasa besar dunia AMERIKA...pemimpin negara,rakyat jelata serta rakyat diseluruh dunia dipaksa tunduk dan mengakui kekuasaan AMERIKA didunia ini...apa saja yang diterjemah dan dilakukan mereka mesti diterima pakai sebagai satu kepastian dan tidak mampu dicabar oleh sesiapapun didunia ini...apatah lagi negara kerdil disisi mereka seperti MALAYSIA.

BOEING terus membisu seribu bahasa...sedangkan ramai pihak membuat pelbagai rumusan dan tuduhan tentang BOEING yang mendapat kebenaran pentadbiran AMERIKA pada 2006 untuk mengawal pesawat milik BOEING dari jarak jauh diatas faktor2 tertentu...jadi berkemungkinankah pesawat MH370 diambil alih kawalan oleh BOEING dengan teknologi canggih mereka itu???jawapannya YA mereka  berkemungkinan dan berkemampuan untuk melakukannya.

Bagaimana pula dgn CIA???
sudah pasti pentadbiran CIA mengetahui apa yg sebenarnya yg berlaku pada MH370...CIA mengambil pendekatan yg sama seperti BOEING iaitu membisu dan membiarkan isu MH370 berlalu begitu saja dan dilupai oleh masyarakat dunia...

Kita mampu melihat dengan mata kasar bila ada pesawat melintasi diatas kepala kita di ketinggian mungkin 10 000kaki...dan kita juga mampu melihat dari cermin pesawat di ketinggian yg sama sebarang aktiviti perkapalan yang sedang belayar dipermukaan laut...semua itu dapat dilihat hanya mengunakan mata kasar kita...tapi yang menyedihkan pesawat MH370 sepanjang 63meter tidak dapat dikesan langsung oleh mana2 satelit yang berjumlah ribuan banyaknya dilangit biru...hanya kita mendengar pelbagai pencerapan imej satelit yg tidak benar dan seribu satu alasan demi alasan untuk menutupi kelemahan yg ada pada teknologi2 yg kononnya serba canggih ini...

Kita masih mengingati bagaimana teknologi canggih satelit ini digunakan untuk menyerang negara2 Islam yg dimusuhi amerika...bagaimana satelit Israel digunakan untuk menjejaki dan membunuh pemimpin2 Palestin dan musuh mereka...individu2 kerdil lagi kecil yg bergelar MANUSIA ini pun mampu dijejaki oleh satelit2 canggih milik Israel dan Amerika...apatah lagi pesawat serba besar dan panjang mencecah 63meter ini tidak mampu dijejaki langsung oleh mana2 satelit yg ribuan terdapat dilangit biru ini???

Benar kata2 negarawan negara Tun Mahathir Mohamad...seseorang sedang menyembunyikan sesuatu...maksudnya amat mendalam bukan tuduhan tapi yang pasti ia benar2 berlaku dan sedang berlaku...

yang baik hanya dari ALLAH yg jahil hanya dari kita semua yg bergelar MANUSIA...

No comments:

Post a Comment