Wednesday, October 10, 2012

Tun Mahathir Digelar Nyanyuk Ekoran Pendedahan Pembiayaan Dana Dari Soros Yahudi Kepada Pakatan


WEDNESDAY, OCTOBER 10, 2012


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru,Zulkifli Noordin berkata,kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang menggelarkan Tun Mahathir nyanyuk menunjukkan rasa ketakutan pakatan pembangkang berhubung isu George Soros.Tambahnya lagi,kenyataan biadap itu adalah satu penghinaan kepada tokoh negara.Bagi Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan pula, beliau berasa terkejut dengan kenyataan konterversi Tony Pua.Tambah Gobalakrishnan lagi,pandangan Tun Mahathir berhubung penglibatan George Soros dalam parti pembangkang perlu dinilai oleh rakyat.Menurutnya,Tun Mahathir adalah seorang yang berpengatahuan luas dalam politik tanahair dan apa yang dinyatakan beliau (Tun M) perlu diperhalusi dengan teliti.Beliau juga berpendapat bahawa Pua tidak perlu berasa marah dengan kenyataan Tun Mahathir itu jika tidak melakukan kesalahan, sambil menggesa Pua memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu yang juga Bapa Pemodenan.

Maklumat Lanjut Layari
http://klpos.com

No comments:

Post a Comment