Saturday, September 22, 2012

Tokong Setuju Tindakan Ngeh Hina Umat Islam.


Lim Guan Eng tokong dan khalifah kesayangan PAS anggap perbuatan Ngeh menghina Islam adalah perkara kecil tak perlu diperbesarkan.Guan Eng bagaikan bersetuju dan juga tidak berminat untuk menyelar rakan beliau mencerminkan tindakan Ngeh dianggap sebagai kebebasan bersuara dan hak kritik umat Islam.

DAP bebas memperkatakan tentang hak dan kepentingan umat Islam, umat Islam tak boleh langsung kritik ,tegur atau pertikaikan kehendak chauvanis ultrakiasu rasis DAP kerana ia akan dianggap sebagai tindakan perkauman yang mengugat kepentingan DAP.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada Khamis membidas tindakan Setiausaha DAP yang enggan mengulas kenyataan pemimpin partinya dari Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan bantahan umat Islam terhadap filem menghina Nabi, 'Innocence of Muslims'.
Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan dalam twitter Ngeh amat jelas walaupun beliau mengelak dan merasakan bahawa ia ditulis dalam bentuk soalan kerana ia disifatkan sebagai pendirian peribadi pengerusi DAP Perak itu.
"Keengganan Lim Guan Eng untuk memberi kenyataan atau pun menegur Ngeh Koo Ham, merupakan gambaran yang jelas bagi saya bahawa ini merupakan sentimen dan pendirian parti itu sendiri.
"Bagi saya sekiranya 'bos' DAP sendiri kalau dia bertanggungjawab, dia akan mengeluarkan kenyataan tanpa bersyarat bahawa apa yang dikatakan Koo Ham itu tidak betul dan tidak boleh diikuti," katanya pada sidang media di sini, Khamis.
Beliau mengulas mengenai Guan Eng yang enggan mengulas kenyataan Ngeh tetapi sebaliknya meminta supaya kenyataannya yang mengutuk penerbitan dan penyiaran filem itu disiarkan terlebih dahulu.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mempersoalkan kenyataan Guan Eng dengan menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.
"Bagi saya, kenyataan apakah itu? Kalau anda (Guan Eng) sebenarnya prihatin tentang sensitiviti umat Islam, anda buat saja kenyataan bahawa tindakan Ngeh Koo Ham itu tidak betul dan ia tidak mencerminkan parti.
"Tetapi dia masih nak bermain politik. Dia mahu kenyataan dia disiarkan terlebih dahulu baru mengulas tentang Koo Ham. Ia sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya.-Mstar
Pisau kata " Ngeh buktikan DAP memang anti Islam"

Read more: http://www.pisau.net/2012/09/tokong-setuju-tindakan-ngeh-hina-umat.html#ixzz27DZQKguH

No comments:

Post a Comment