Monday, August 27, 2012

DAP Mula Elak Terpalit Perbalahan Karpal Dengan Mantan Timbalan Presiden PAS Isu Hudud dan Negara Islam

nasha-pc-karpal   
KEMASKINI :Jika tidak ada ‘main wayang’, perkembangan terbaru perang antara bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh makin menarik untuk diikuti.
Ini kerana DAP keluar kenyataan membiarkan Karpal yang juga parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang hadapi sendiri  Nasha yang mendakwanya anti Islam dan tidak menerima Hudud.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, Karpal perlu menyelesaikan dan mengeluarkan kenyataan sendiri mengenai isu itu.
Menurutnya, DAP tidak berhak untuk membuat keputusan berhubung isu melibatkan dua pemimpin Pakatan Rakyat itu.
"Biar dia jawab isu itu. DAP tak boleh jawab.
"Kita tak ada hak nak jawab, bagi Karpal yang buat penyataan sendiri," katanya pada sidang media Isnin.
Karpal sudah membuat kenyataan mahu memulakan prosiding mahkamah terhadap Nasharudin yang mengeluarkan kenyataan tersebut manakala Nasharudin bertegas sedia jumpa Karpal di mahkamah.
Keputusan pimpinan DAP itu boleh dilihat tidak mahu terbelit dalam pertembungan antara Karpal dan Nasha selain mahu menjaga hubungan kerjasama antara parti itu dan juga PKR menjelang PRU 13.
Menariknya sikap lepas tangan DAP itu dibuat selepas PAS Pusat yang bermesyuarat Sabtu juga tidak mahu memutuskan sebarang tindakan terhadap Nasha sebaliknya merujuk ahli parlimen Bachok itu kepada Majlis Syura – badan tertinggi parti tersebut.
Alasannya Nasha adalah ahli Majlis Syura dan majlis itu lebih berhak memutuskan sebarang tindakan terhadapnya.
Barangkali PAS juga tidak terbelit dalam isu Hudud ini kerana jika silap perhitungan, PAS akan dilihat parti yang menentang perlaksanaan hukum itu pula.
Sementara itu, Nasharudin yang dihubungi Agendadaily, enggan komen keputusan merujuk beliau kepada Majlis Syura.
Beliau belum lagi dimaklumkan secara rasmi sama ada perlu mengadap Majlis Syura yang dijadualkan berpesyuarat 9 September ini.
Namun, disebalik semua itu, Nasha tidak perlu gusar berdepan Karpal di mahkamah kerana sudah ramai peguam bersedia membantunya.
Nasharudin berkata, ramai peguam menghubungi beliau walaupun belum menerima sama dimaksudkan Karpal.
Karpal pula walaupun tidak bermasalah kerana beliau peguam tersohor tetapi tanpa sokongan DAP dan juga sikap lepas tangan PAS Pusat,setidak-tidaknya boleh menyedarkan beliau, bahawa, ungkapan ‘langkah mayatnya dahulu’ sudah mula memberi kesan padanya.
PAS dan DAP nampaknya tidak mahu siapa jua bikin rosak program kacau hajat bersama hendak ke Putrajaya diambang menjelang PRU13 sekarang.
Kini sanggupkah Karpal alih pandangan pada rakan-rakan dalam partinya pula dan bagi amaran ‘ langkah mayat aku dulu’ kalau nak terus berganding mahu dengan PAS jika tidak gugurkan hajat nak laksana Hudud dan tubuh Negara Islam? – 27/8/2012-OLEH ROSLAN BIAN

No comments:

Post a Comment