Friday, August 31, 2012

ANWAR PUJUK DR. MAHATHIR & CERITA BAPAK OSMAN

RAHIMI OSMAN
Sejarah dan Nostalgia sangat penting untuk kita membina sejarah di hadapan kita, untuk kita mengenali siapa mereka dan kenapa mereka begitu.

Pada 31 Ogos 1998, dua hari sebelum Anwar dipecat, acara Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan di Pulau Pinang. Anwar dalam ulasanulasan terakhirnya menganggap Dr. Mahathir adalah guru politiknya, beliau akan tetap setia kepada Dr. Mahathir. Apabila ditanya desas-desus beliau akan dipecat, beliau segera menafikannya dan menjawab kepada wartawan bahawa beliau adalah Timbalan Perdana Menteri yang setia kepada Dr. Mahathir.

Jam-jam terakhir, Anwar masih memujuk Dr. Mahathir, Anwar menulis surat kepada Dr. Mahathir pada malam 31.8.1998 dengan harapan Dr. Mahathir tidak akan memecatnya.

Bukan itu sahaja, Anwar juga memaksa Wan Azizah supaya bercakap dengan Dr. Siti Hasmah supaya memaafkan Anwar dan tidak memecat Anwar.

Begitulah Anwar, berusaha menyelamatkan dirinya sehingga ke titisan air mata terakhir, malangnya Anwar tetap dipecat kerana penyakit moralnya. Sebagai Doktor, Dr. Mahathir tidak mengambil masa yang lama untuk membunuh kuman dan virus yang membahayakan rakyat dan negara Malaysia.

Di akhir rayuannya, Anwar diberi peluang bercakap dalam Mesyuarat Tertinggi UMNO, seperti biasa Anwar berhujah dan berceramah kepada semua Ahli MT UMNO, namun ia tidak cukup untuk menyembunyikan penyakit moralnya itu.

10 tahun kemudian, mereka yang sedar penyakit Anwar itu meninggalkan Anwar seperti Dr. Chandra dengan 37 pengikut tegar Anwar meninggalkan Anwar. Tinggal saki baki sahaja lagi.

Rahimi Osman? Bapaknya adalah penyokong tegar PKR!...Namun, apabila anaknya sendiri Rahimi memberitahu bapaknya yang dia sendiri hampir kena oleh Anwar, bapaknya terkejut, terkedu dan terperanjat. Akhirnya, Osman yang tegar pun meninggalkan Anwar dengan tabiat buruknya itu. 

No comments:

Post a Comment