Tuesday, July 17, 2012

TERBARU! KENYATAAN MURAHAN KIT SIANG DAP TENTANG TUN MAHATHIR...Anjing Kurap Cuba Menyalak Harimau Malaya


Lim Kit Siang DAP mahu mengkritik Tun Dr Mahathir?

Satu soalan spontan yang akan ditanya oleh rakyat ialah siapa dan layakkah Kit Siang DAP untuk mengeluarkan sebarang kritikan terhadap negarawan tersebut? 

How is he compared to Tun M?

Apakah sumbangan signifikan Kit Siang DAP untuk beliau layak mengkritik Tun M selain daripada di dakwa terlibat di dalam tercetusnya 13 Mei 1969 yang mencetuskan pertumpahan darah dan ketegangan kaum di negara ini?

Dan kenyataan Kit Siang DAP di bawah sungguh dangkal sekali dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Di antara kenyataan veteran DAP itu :

Dalam kenyataan akhbar hari ini, Lim berkata, Dr Mahathir sekarang terpaksa bekerja keras untuk mengembali dan mempertahankan Mahathirisme dalam dasar-dasar Umno-BN.

Lim malah berkata, pendirian anti-Mahathirisme yang dipercayainya turut dikongsi bersama tiga bekas perdana menteri lain, iaitu Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan Abdullah Ahmad Badawi.

"Biar saya pastikan Mahathir bahawa saya tiak benci dia sama sekali, tetapi seperti tiga bekas perdana menteri dan kebanyakan rakyat malaysia pada tahun 2012, saya menentang Mahathirisme dan ia kembali ke politik Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13," katanya....
Persoalannya, sejak bila pula Tun Hussein Onn anti-Mahathirisme? 

Bukankah yang ada ialah Kitsiangrisme dan parti anak beranak dalam DAP?

Sejarah membuktikan Hussein Onn percaya kepada Mahathir Mohamad dan melantik beliau sebagai timbalan Perdana Menteri. 

Kit Siang juga cuba menafikan sumbangan Tun M dan segala idea-idea negarawan itu disepanjang penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003.

Ketika itu, Tun M berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara.

Malah Malaysia pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia' hasil daripada 'Mahathirisme' yang cuba diperlekehkan oleh Kit Siang.

Usaha Tun M yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis.

Ketika negara mengharungi krisis ini, apakah Kit Siang DAP ada sumbangan signifikan kepada negara jika dibandingkan dengan Tun M?

Ketidaksignifikan Kit Siang DAP jika dibandingkan dengan Tun M akan membuatkan kenyataan Kit Siang DAP begitu murah dan tidak signifikan.

No comments:

Post a Comment