Friday, July 20, 2012

SELEBRITI POPULAR DEDAHKAN FITNAH PARTI PEMBANGKANG!

Sebelum ini, Naib Presiden PAS mendakwa bahawa artis popular, Sharifah Aini dan Ning Baizura akan masuk PAS.

Kenyataan beliau disiarkan di dalam Sinar Harian dan disambut dengan penuh kegirangan oleh blog-blog pro-pembangkang tanpa mahu menyiasat dahulu kesahihan dakwaan Naib Presiden PAS itu.


Menurut Salahuddin, selain Bob Lokman dan Hairie Othman, beliau turut menyebut beberapa nama lain yang dikatakan bakal menjadi ahli Pas seperti Abby Abadi, Sharifah Aini dan Ning Baizura, namun beliau tidak mengulas lanjut mengenai pengumumannya itu.

Maka melompat la artis berkenaan yang terpaksa menjelas fitnah parti kuat fitnah ini berkenaan isu ini. Ning Baizura menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata
"PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi saya!,"

"Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?"
Manakala Datuk Sharifah Aini juga dalam kenyataannya kepada Agenda Daily juga menafikan perkara berkenaan dan beliau dengan tegas menyokong kerajaan bukannya PAS atau PKR !!!

“Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.”, katanya ketika dihubungi Agendaily.
MiM berpendapat bahawa ada artis yang sedar dengan pembohongan dan putar belit kepimpinan PAS dan tidak termakan dengan dakwaan bahawa artis PAS dibayar tinggi untuk berceramah.

Kenyataan tentang 'artis dibayar tinggi' itu bukan datangnya daripada pihak UMNO tetapi didedahkan sendiri oleh blogger pro-pembangkang yang kecewa dengan isu ini. BACA SINI.

Manakala, tindakan seorang pemimpin yang berjawatan Naib Presiden PAS yang menggunakan nama-nama artis juga dilihat sebagai desperado dan terdesak. Sungguh memalukan!

No comments:

Post a Comment