Thursday, June 21, 2012

RAFIZI LETAK JAWATAN SEBAGAI SUPERMAN PKR KERANA KRISIS DALAMAN...



Perlekatakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Pegawai Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor hari ini membuktikan jelas pergolakan dan krisis dalaman yang semakin teruk dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor.
Realitinya PKR juga tidak pernah terlepas daripada apa jua dakwaan melibatkan masalah pemimpinnya meskipun sering menyalahkan pihak lain khususnya parti lawan mereka dengan ungkapan fitnah dan konspirasi.
Isu seks, salahguna kuasa sehinggalah yang paling terbaru pemimpin tertinggi parti itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion susulan daripada akuan berkanun bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sebelum ini. Begitu juga dengan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR yang turut didakwa bersama isterinya,Shamsidar Taharin memiliki aset dipercayai bernilai lebih RM30 juta sepanjang 1992 hingga 1994.
Semua dakwaan itu dilihat lebih menjurus kepada peribadi individu dalam parti pembangkang itu. Namun,di peringkat kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR, Pas dan DAP di Selangor ini lain pula keadaannya apabila dikatakan menjalankan tadbir urus kononnya untuk manfaat seluruh rakyat tetapi hakikatnya, pentadbiran mereka penuh dengan kecelaruan sehingga menyusahkan rakyat.
Ini adalah bukti pergolakan dan krisis balas dendam yang berlaku dalam kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PKR, mereka terlalu berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Selangor.
Terdahulu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang kononnya mahu menumpukan pada kerja-kerja untuk menghadapi pilihanraya.
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat. Rafizi pula menyandang jawatan Ketua Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lalu.  - UMNO Online

No comments:

Post a Comment