Tuesday, June 12, 2012

PAS Lebih Jahil Dari Salman Rushdie???




Dulu sewaktu penubuhan PAS pada 1951, polisi dan dasar perjuangan PAS walaupun umumnya menyatakan kepentingan Islam lebih utama berbanding politik, namun realiti sebenarnya menyatakan sebaliknya.

Sekian banyak fakta dan bukti sejak tertubuhnya PAS hingga kini mengesahkan susur galur perjalanan PAS agak tempang dek kerana kepentingan politik kepartian mengatasi keutamaan umat dan agama Islam.

PAS pernah keluar dari jemaah besar (UMNO) hanya semata-mata pemimpinnya, Ahmad Fuad kecewa dalam politik berikutan kekalahannya di tangan Tunku Abdul Rahman dalam perebutan jawatan Yang Dipertua UMNO (Presiden).

Sekalipun tika itu, keseluruhan orang Melayu Islam dituntut bersatu padu bagi menjayakan misi menuntut kemerdekaan daripada penjajahan British, kerana langkah songsang oleh PAS itu hdimanfaatkan sepenuhnya oleh British untuk menangguhkan beberapa ketika proses kemerdekaan Tanah Melayu.

Andainya perancangan British membenarkan PAS bergerak bebas demi untuk mencabar pengaruh UMNO tika itu berjaya menguasai minda majoriti orang Melayu Islam , nescaya sekarang ini kita masih diperhambakan oleh British sama seperti PAS diperkudakan oleh DAP.

Mujurlah keputusan pilihanraya 1955 tidak banyak tergugat dengan kehadiran PAS, akhirnya British terpaksa akur dengan kekuatan Perikatan (UMNO-MCA-MIC) dan bersetuju melepaskan Tanah Melayu dari penjajahannya.

61 tahun berlalu, kini PAS sekali lagi membuktikan politik kepartiannya jauh lebih utama dari agama. 

Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man secara terbuka menggesa ahli-ahli PAS menangguhkan (membatalkan) pemergian menunaikan ibadah haji ke Mekah demi keutamaan bertugas untuk parti dalam pilihanraya umum.

Menurut Tuan Ibrahim, langkah tersebut dianggap wajar atas alasan kepentingan untuk berdepan dengan pilihanraya umum yang menurut jangkaan PAS akan diadakan semasa musim haji.

Kalau sekalipun benar pilihanraya umum diadakan dalam musim haji,  sepatutnya ia tetap bukan alasan kukuh untuk pemimpin PAS menegah ahlinya pergi menunaikan ibadah rukun kelima Islam tersebut.

Peluang mengerjakan haji bukannya sentiasa datang apatah lagi dalam keadaan masih ramai muslimin dan muslimat yang lain sedang menanti giliran. 

Kuota 28,000 untuk rakyat Malaysia beragama Islam yang sebelum ini hampir tergugat dek kerana kerja bangang penyokong PAS berdemo dalam Masjidil Haram, bukannya semudah abc untuk kita menempatkan diri sebagai hamba Allah yang bertuah memijak bumi Tanah Haram.

Bayangkan seorang ahli PAS yang sudah 10 tahun menunggu giliran, tiba-tiba bila sampai waktunya terpaksa ditangguhkan ibadahnya ke Tanah Suci Mekah hanya semata-mata untuk memenuhi tugasan duniawi kepada PAS, tak ke haru namanya tu?

Pilihanraya jika terlepas peluang untuk mengundi tidak jatuh pun hukum haram pada seseorang itu, tapi ibadah haji bila dah mampu dan pula berpeluang untuk mengerjakannya, wajiblah ditunaikan, bukan begitu?

Sepatutnya pemimpin PAS terutama sekali Tuan Ibrahim Tuan Man yang pernah dikenali sebagai ustaz tahu membezakan yang mana wajib dan yang mana harus. 

Jangan kerana taksub pada keduniaan dan kemaruk mengejar jawatan duniawi hingga Tuan Ibrahim terlupa yang tuntutan ibadah haji itu jauh mengatasi periuk nasi pemimpin PAS dalam pilihanraya. 

Sia-sia saja perkataan ISLAM menjadi tanda label pada nama PAS, tapi pi mai pi mai tang tu juga terlebih utamakan keuntungan dunia dan jahilnya pula mengalahkan Salman Rushdie.

No comments:

Post a Comment