Monday, May 14, 2012

TERKINI - Tunku Aziz Keluar DAP



Anwar Ibrahim pernah kata 'Melayu Kuat Masuk DAP" tetapi Tunku Aziz, seorang anak Melayu yang banyak menyumbang jasa kepada rakyat & negara nampaknya sedar bahawa perjuangan politik pembangkang hanya bernafsukan KUASA semata-mata.

PKR hanya mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, PAS ghairah menggunakan Islam untuk dapatkan sokongan orang Melayu dan DAP terus pecahbelahkan orang Melayu utk kuasai kerajaan.

Ini bukan perkara baru dalam dunia politik Malaysia. Setiap pemimpin yang berani buat perubahan akan terima pembalasan. YB Zul Kulim dalam PKR, YB Dr. Hasan Ali dalam PAS dan terkini Tunku Aziz dalam DAP.

Yang terpenting, RAKYAT jangan jadi mangsa kerakusan kuasa politik Pakatan Pembangkang.

No comments:

Post a Comment