Monday, May 21, 2012

Nasharudin Mat Isa Menyindir Nik Aziz Dalam Diam

Terus terang PPM tidak terkejut dengan permaianan Nik Aziz dari awal lagi! Sebab semuanya sudah amat diduga bentuk permainan Nik Aziz dan PAS. Sudah sampai masanya masyarakat islam menilai pendirian-pendirian mereka ini didalam arena politik Malaysia. Mari kita nilaikan apa yang diperkatakan Nasharudin dahulu:

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata pucuk pimpinan Umno dan PAS perlu berlapang dada agar kedua-dua pihak boleh bermuzakarah dan mengusahakan sesuatu untuk kepentingan ummah dan negara dalam semua aspek.
"Isu muzakarah ni saya rasa semua orang dah tahu pendirian saya. Saya antara yang mempromosikannya dari dulu lagi, kerana saya yakin bahawa untuk masa depan negara kita perlu mengurangkan politiking antara dua parti politik besar orang Melayu Islam di negara ini, bukan hanya untuk kepentingan orang Melayu Islam tapi juga untuk kepentingan negara.
"Walaupun syarat-syarat yang ditetapkan itu mungkin payah untuk diterima oleh tapi saya harap kepimpinan kedua-dua parti berlapang dada dalam mengusahakan sesuatu untuk kepentingan ummah dan negara dalam semua aspek,"
Saya suka pada rangkap ayat terakhir "tapi saya harap kepimpinan kedua-dua parti berlapang dada dalam mengusahakan sesuatu untuk kepentingan ummah dan negara dalam semua aspek" Rangkap ini jelas menyeru semua pemimpin islam antara dua pihak iaitu UMNO dan PAS lebih mengutamakan perpaduan ummah dari mengambil kira syarat-syarat berbentuk kepentingan peribadi dan parti.

Ucapan sebergini semakin jelas dimana Nasharudin Mat Isa secara tidak langsung Menyindir Nik Aziz Dalam Diam kerana bentuk syarat-syarat yang di pergunakan Nik Aziz lebih kepada mainan politik semata-mata.

Ok!! Kita perhatikan sekejap soal tuntutan menegakkan hukum Hudud dalam buku jingga. PAS boleh bersikap menangguhkan pelaksanaan yang dijanjikan kepada akar umbi PAS dan msyarakat islam semata-mata kerana kepentingan Pakatan Rakyat yang masih bercelaru susunannya.

Baiklah kalau Nik Aziz atau Haji Hadi boleh berfikiran sedemikian tetapi kenapa PAS tidak boleh sekejap mengetepikan Pakatan Rakyat demi kepentingan tuntutan islam?

Adakah bersemeja bulat dengan sesama islam demi mendapat rundingan ke penyatuan ummah kerana Allah tidak semulia sebagaimana PAS rela mengetepikan prinsip Negara Islam dan Menegakkan Hukum Hudud demi Pakatan Rakyat?

Bagaimana pula dengan masalah kristianisasi, pluralisme dan liberalisme agama serta agenda golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual adakah itu tidak menjadi antara perhintungan Nik Aziz?

Cuba fahami cara Nasharudin Mat Isa Menyindir Nik Aziz Dalam Diam. Tidak bolehkah? Nik Abdul Aziz Nik Mat bersangka baik sekejap dari telalu mempolitikkan perpaduan ummah. Seorang yang mengakui dirinya ulama tidak sepatut bersikap menghukum sebelum bermuzakarah. Terus terang cakap semuanya tidak kemana dengan penampilan sebergini kerana semuanya kerana kepentingan politik dari kepentingan mengerjakan seruan Allah agar kita semua bersatu. Kalau bersuara dengan harapan mengharapkan balasan tidak kemana semuanya. Sebab Nik Aziz lebih percaya Pakatan Rakyat dari ketentuan Allah kepada mana-mana pihak yang mahu beralah demi perpaduan ummah.

Nasharudin Mat Isa mungkin akan senasib dengan Hasan Ali? Dan benarkah Haji Hadi betul-betul berhenti kerana merasa gagal membawa PAS kesatu dimensi perpaduan ummah? Semua dalam tangan Nik Aziz samada hendak menjayakan atau menggagalkannya.

No comments:

Post a Comment