Wednesday, May 23, 2012

Bila Skuad Bolasepak Tewas Pasti Presiden FAM didesak letak jawatan???bila Skuad Piala Thomas Tumbang..kenapa kita tak desak Presiden BAM letak jawatan???



Salam Sejahtera...saya baru sahaja selesai menonton siaran langsung suku akhir piala thomas di china...dan saya melihat bagaimana skuad kesayangan kita iaitu MALAYSIA dimalukan oleh juara bertahan China dgn kemenangan 3-0.Kita semua sedia maklum apabila ketiadaan jagoan negara lee chong wei pasti skuad negara tidak akan kemana malah pasti kecundang...namun apa yg dikesalkan kita terlalu bergantung 100% kepada lee chong wei???tanpa chong wei bolehlah diibaratkan tanpalah skuad negara...apa yg sebenarnya BAM lakukan dalam 4-5tahun ini???adakah selesa dibuai kejayaan chong wei hingga lupa tanggungjawap dlm mempersiapkan anak-anak muda bagi mengalas tugas mengharumkan negara sepertimana chong wei.


kalau kita lihat skuad piala thomas kali ini sudah mengambarkan yg skuad ini tidak mempunyai hala tuju apatah lagi utk mencabar kejuaraan...dengan pemain-pemain yg dipilih amat mengecewakan kita...lihat saja hafiz hashim,liew darren mahupun chong wei fern.hafiz sudahpun dipenghujung karier malah liew darren dan wei fern sudah pun mencecah usia 25tahun...ini bukan lagi usia utk pendedahan peringkat antarabangsa dan boleh dianggap sudah terlewat utk pendedahan.jadi kalau BAM sedar yg skuad piala thomas kali ini bukanlah skuad yg mampu mencabar kejuaraan kenapa tidak menyenaraikan pemain-pemain muda seperti Zulfadli Zulkifli,Iskandar Zukarnain mahupun Misbun Ramadhan.sekurang-kurangnya ini satu pendedahan yg amat berguna kepada mereka dan skuad negara.


Sekurang-kurangnya seluruh peminat-peminat tidaklah kecewa kerana skuad muda diberikan peluang mengalas  cabaran besar seperti piala thomas.


Persoalan saya ialah apakah pegawai-pegawai BAM terutamanya yg paling cakap pandai iaitu kenny goh buat???
tidak ada perancangan langsung bagi menghadapi piala thomas yg hadir cuma 2tahun sekali???
4-5tahun tanpa kejayaan yg boleh dibanggakan???
4-5tahun tanpa sebutir bintang baru yg dilahirkan???
jurulatih-jurulatih yg melahirkan bintang-bintang seperti Misbun dan Rexy diketepikan???
adakah dengan memperkudakan khidmat chong wei sudah cukup membanggakan Nadzmi Salleh ataupun Kenny Goh???


Sudah tiba masanya Presiden BAM serta pegawai-pegawai ini berundur...cukuplah kami menanti selama 4-5tahun ini anda semua gagal melahirkan sebutir bintang barupun???dan janganlah memerap 3pemain muda berpotensi yg kita ada seperti Zulfadli Zulkifli,Iskandar Zulkarnain mahupun Misbun Ramadhan...kembalikan jurulatih-jurulatih berwibawa seperti Misbun,Yap Kim Hock ataupun Razif dan Cheah Soon Kit...mereka-mereka ini sudah mengharungi pertandingan2 besar serta mempunyai pengalaman luas dlm dunia badminton...jurulatih2 yg ada sekarang bukannya tk hebat tapi kita sebagai peminat2 badminton sendiripun tahu akan pencapaian mereka sewaktu mereka beraksi dulu...tidak ada yg bagus dan hebat kecuali Rshid Sidek sahaja.


Janganlah gila kuasa dan jawatan kepentingan badminton negara diketepikan...jangan hancurkan masa depan badminton negara dengan kerakusan anda semua...demi kegemilangan badminton negara.


ikhlas dariku fazli mohammad

3 comments:

  1. nama ja presiden melayu tapi pengurus besar,setiausaha agung n semua jurulatih cina kecuali rashid je...jadi biasa ler 3-4org pemain melayu ni mesti dianaktiri kan...5tahun ni presiden n pengurus besar tido je sebab dibuai mimpi kehebatan chong wei

    ReplyDelete
  2. betul gak...pemain2 melayu ada yg sampai jadi juara remaja dunia pun tk tersenarai...ingatkan liew darren n sorang lagi tu muda rupanya dua2 dh 25tahun...ini bukan medan utk pendedahan...wahai BAM

    ReplyDelete
  3. setuju 4-5tahun tk ada seorangpun penganti chong wei dilahirkan...3-4org budak melayu lak kena frame...bagusla BAM

    ReplyDelete