Thursday, November 24, 2011

Nasib dan Hala Tuju UMNO&BN menghadapi PRU13...dari kacamata P.Pinang.

Salam Sejahtera...
Sedar tk sedar kita sudah menghampiri penghujung 2011...
Sedar tk sedar perhimpunan agung UMNO bakal menjelang tiba...
Sedar tk sedar PRU 13 pun bakal menghangatkan kembali persada politik tanahair...
Sedar tk sedar transformasi ekonomi kerajaan pun menampakkan kemajuan...



Namun tersemat jauh dilubuk hati adakah UMNO & BN sudahpun bersedia menghadapi PRU 13 ini???


Apa yg diperlihatkan buat masa ini menampakkan yg UMNO &BN masih mampu mempertahankan Putrajaya...tapi masih kekal dgn penguasaan (simple majoriti) sahaja diparlimen...banyak faktor yg membuat saya memperkatakan sedemikian rupa...bukannya memperkecilkan UMNO & BN tapi mengharap mereka SEDAR akan kekuatan pemimpin2 yg sudah tidak RELEVAN lagi tapi masih berkuasa di peringkat negeri mahupun pusat.


Ramai lagi pemimpin2 UMNO&BN yg mampu mengambil alih dari mereka2 yg tidak lagi RELEVAN ini...
Jika ROMBAKAN ini gagal dilakukan UMNO&BN bermakna mereka menghadapi masalah besar di PRU 13 ini...sebagai contoh...


kubu kuat pembangkang di Pulau Pinang...UMNO&BN masih mengharapkan 2tokoh yg telah ditolak oleh rakyat pada PRU12 yg lalu namun mereka masih diberi mandat utk memimpin parti masing2 lagi...kalau parlimen sendiri pun boleh kalah bagaimana nk pimpin negeri bagi mencapai kemenangan???
saya maksudkan ini ialah Presiden Gerakan yg juga Pengerusi BN negeri ( Tan Sri koh tsu koon ) dan Pengerusi badan perhubungan UMNO negeri iaitu Dato Zainal Abidin osman...


Disini menunjukkan yg UMNO&BN bagai sudah tidak ada lagi pemimpin2 baru bagi memegang jawatan tertinggi dlm kepimpinan UMNO&BN negeri...


Mungkin ada senjata HIKMAT pada kedua2 pemimpin ini yg kita tidak ketahui...harap2 Pengerusi BN tidak salah langkah dlm penilaian terhadap mereka berdua...demi memastikan UMNO&BN mampu merampas negeri Pulau Pinang...bukannya terus melenyapkan UMNO&BN di negeri ini.


besok dari kacamata saya tentang Perlis indera kayangan pula...
Salam...yg baik hanya dari Allah yg jahil hanya dari saya dan kita semua yg bergelar hambaNYA

No comments:

Post a Comment